namun kupunya hati.....


Blog For Free!


Archives
Home
2006 January
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January

My Links
Milikku
Nukilanku
Lynn
rubie
Yani
amoi
Moplantai
K.Halela
fuad
MBA
puterihani
raden
kak siti
yussoff n yana
lagu jepun

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Rumah baru...
01.05.06 (10:01 pm)   [edit]
Telah berpindah rumah baru:
 
a
08.03.05 (1:47 am)   [edit]
 
RUMAH BARU...
07.11.05 (1:17 pm)   [edit]
Sudi-sudikanlah berkunjung ke[url=http://www.blogomonster.com/a...]Rumah Baru[/url]
 
Wajah
07.08.05 (9:38 pm)   [edit]
Satu wajah satu kisah baru tercipta...nantikan kemunculan!
 
Berbeli-belit...
07.05.05 (7:59 pm)   [edit]

Tali pancing abah gara2 Abang Long berlagak jadik kaki pancing...


Entah bila dicubanya ibu tak perasan...sebelum ini dia cuma berani bila abah bersamanya.Itupun abah perasan masa nak pergi memancing buat pertama kali ngan kawan2 di Gyotoku...terpaksalah minta bantuan ibu membetulkan balik tapi pancing yang dah berbelit-belit.


Nampaknya anak ibu dah nak ikut jejak langkah ibunya dulu masa kecik2 suka sangat memancing tak kira panas terik membakar...maklumlah awek pancing...hehehehe...samapi tersangkut mata kail di kepala pun masih tak insaf2.(Teringat kenangan lampau)

 
Bukan bersedih...
07.04.05 (1:08 am)   [edit]

Dah 3 kali cuba add entry tapi failed...geram jer so sepi lah skejap blog nih....argggghhhhh tenson dok taip panjang2 pasal kisah Abang Long.


Time save,tetiba meragam.....nantilah tunggu mood datang semula...


Chotto matte kudasai....

 
Musykil...
06.27.05 (3:08 pm)   [edit]

Hari Ahad lepas kami berpeluang ke Ueno Zoo setelah perancangan asal tergendala ke Muzium Sains yang dibanjiri ratusan manusia beratur diluarnya nak melihat pameran istimewa dengar khabarnya.Harga tiket pun melambung naik namun tidak mematahkan pengunjung utk berkunjung ke situ...so kami buat last minute plan ke zoo yang terletak bersebelahan saja.


Berbalik kepada lawatan ke zoo tadi,actually nak utarakan kemusykilan sebab sebelum nih pernah terdengar orang kata satu spesis burung yang tak pernah jejak kaki ke bumi...


Tapi hari itu banyak pulak kami jumpa spesis bird of paradise atau nama lainnya burung cenderawasih...burung diawan yang berlambak dibumi!


Tiba-tiba musykil pulak!!!





 

 
Lavender...
06.27.05 (2:56 pm)   [edit]

Terjumpa bunga nih masa balik dengan anak2 main pasir kat taman belakang rumah....


Mulanya hairan tengok pokok apa merimbun ditepi pagar rumah Nihonjin sampai terkeluar dari pagar. Pelik juga tengok dia punya struktur akar,bunganya bercabang dari satu batang...betul2 semak tgk,kalau ada Hebi nak berteduh pun rasanya sesuai sangat...


Entahlah memang begitu cara menanamnya tak taulah...tapi sebenarnya teringat kat Fidah...pernah bertanya ada kebun lavender dak kat Chiba...Gomen ne Fidah(dah try search tapi tak jumpa pulak ladang lavender) baru jumpa first time serumpun kat rumah orang dan cepat2 ambik buat koleksi,tertarik dengan kepelikan pertumbuhanya...merimbun gitu!!!


 
Dah sampai...
06.26.05 (9:14 pm)   [edit]

Selepas menulis entry sebelum ini, surat rasmi belum kami terima lagi,tengahari tadi sampai lah surat secara rasminya menawarkan kemasukan ke APU...


Sabtu lepas juga hubby pergi interview ke Waseda University.Walaupun itu bukan pilihan utama terpaksa pergi memandangkan surat dari APU belum jua sampai. Katanya kalau surat sampai sebelum pergi temuduga,tak akan dia pergi walau dah berbaju lengkap utk ke interview pada 3:30 ptgnya.


Namun disebabkan surat tidak kunjung tiba pagi Sabtu lepas ,hubby pergi juga.Mana tau kot2 boleh cuba nasib,walau Waseda bukan menjadi pilihan pertama tapi sebagai persediaan dan mungkin untuk memecahkan rekod lama....


Rekod lama yang dipegang seramai 6 org berjaya ke Waseda bagi batch senpai,batch kami seramai 7 org mencuba nasib di situ pulak...


Selepas ini masing2 akan membawa haluan sendiri. Setakat ini 4 berjaya ke Waseda,2 ke Kyushu dan satu lagi belum menerima feedback disebabkan lambat menghantar borang permohonan.


 

 
80%...
06.26.05 (4:30 pm)   [edit]

Dah dalam tangan...Jumaat lepas dapat emel dari Ritsumeikan Asian Pasific University(APU) mengatakan hubby diterima buat master disana.


Syukur Alhamdulillah...Omedetou buat suamiku,usaha kita(sapa yg belajar nih) selama ini tidak sia2...berkorban masa dan wang demi sebuah cita2!


Hanya menungggu surat rasmi minggu ini dan segala perancangan pasti berjalan lancar...walaupun temuduga tempohari sunggguh mendebarkan kami untuk menerima feedback yang positif...Bersyukur dengan limpah kurniaNya!


Bermakna tinggal lebihkurang 2 bulan lebih untuk kami menghabiskan round tour sekeliling bahagian tengah Jepun.


Begitu banyak cerita,ada suka ada duka...pasti sayu untuk kami tinggalkan memori di sini...............................................................................

 
Minggu roti...
06.23.05 (4:55 pm)   [edit]

Kali ini roti pulak mengambil alih takhta donut...


Buat permulaan mencuba rorupan...setelah lunyai kertas resepi dok belek,akhirnya baru beranikan diri membuatnya.


Alhamdulillah tak sia2 cubaan namun ada yang perlu diperbaiki mutunya maklum sajalah kali pertama seumur hidup buat roti sendiri. Teringat bread maker orang Kobe...berbaloikah membelinya.Sekarang tgh survey harga kat supaa kot2 ada sale......................mmg teringin nak memilikinya.


 
Penantian...
06.23.05 (4:27 pm)   [edit]

"suatu penyeksaan..........bla...bla..." agaknya sebab itulah lagu ini tercipta,ntah sapa penyanyinya tapi orang kata menantikan sesuatu keputusan memang menyeksakan.....


Memang tepat dan membuatkan kita ternanti-nanti harinya.Kalau dah tau keputusan senanglah kami merancang apa2 yang patut.


Satu perubahan yang besar bakal terjadi lagi dalam diari kehidupan kami.............moga bisa menghadapinya.

 
Suspen lagi...
06.21.05 (2:43 pm)   [edit]

Balik semalam dari kelas,hubby cakap tak tau lagi...tak mau tau katanya, suspen pulak,ada seribu macam rasa agaknya selepas peristiwa 2 hari lepas....


Bila entah akan diketahui jawapan...sebab kami sebenarnya terlalu mengharap namun jika keputusan negatif diperolehi hampalah kami...


Biarlah masa menentukannya.................................


 

 
Dapat ke tak...
06.20.05 (5:44 pm)   [edit]

Semalam hubby kena terbang jauh sekejap demi sebuah misi...mengharap sesuatu yang belum pasti.


Tidak lena tidur pulak jadiknya orang rumah ,orang lain yang nak pi berurusan kita pulak yang terasa ketegangan...alahai tercapaikah impian suamiku dan merealisasikan halatuju kami di suatu tempat yang asing di bumi sakura.


Survey telah dibuat dan sedikit perancangan akan berjalan lancar bila kepastian diperolehi hari ini.......................


Yang pasti hari ini masih dalam ketidaktentuan disebabkan menanti sesuatu jawapan..............................yang masih lagi samar2.


Dapat ke tak dapat???????????????????? ?????????

 
Serba salah...
06.19.05 (12:38 pm)   [edit]

Buat salah,tak buat pun rasa salah jugak...


Kesian kat anak2 bawaklah jalan sekitar kat rumah,pergi main pasir,main basikal tapi time balik tak mau balik...hahahaha macamana pulak nih,takkan ibu nak berkhemah kat luar jer.....


Lainlah kalau ibu ada pembantu rumah yang boleh menguruskan semua kerja2 rumah yang terbengkalai kalau asyik2 nak melayan kehendak anak2 ibu yang nampaknya semakin seronok kalau dah bermain kat luar sampai mengamuk satu pekan tak mau balik...malulah ibu!


Tak keluar salah, dah keluar tak makan pujuk pulak sibongsu...tahu nak main jer dan nak ibu melayan berjam-jam...jadilah ibu profesor serba-salah! 


 
Buat Pedoman...
06.15.05 (4:15 pm)   [edit]

Actually seram sejuk bila baca Berita Harian hari ini...Moga kami tidak tergolong dalam golongan itu...Amin!


 Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”

Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”

 
Baru 2...
06.12.05 (5:24 pm)   [edit]

Kali percubaan membuat kerepok lekor idaman malaya...setelah di'demo'kan secara aman oleh sempai...berakhir dengan kekenyangan tanpa berlaku tunjuk perasaan...tidak puas hati!


Alahai inilah yang mampu dibuat untuk mengubati kerinduan terhadap makanan dari tanahair lebih2 lagi tanoh tumpoh darohku....Itupun menggunakan tepung ubi Jepun maklum sajalah ketiadaan tepung sagu disini dan proses parcel pulak memakan masa...huhuhuhuhu...


Kali pertama guna ikan aji dan kali keduanya cuba pulak ikan selangat Ueno yang agak besar(bila tak tau nak buat apa byk ikan dibeli,ok jugak buat kerepok lekor).Rasa lebih sedap guna ikan selangat....belum cuba lagi ikan saba...puas hati dapat makan yang baru direbus panas2!Yang tak habis keesokkan hari baru digoreng,rasanya boleh tahan jugak....


Sedikit kenyal bila menggunakan bahan ganti tpg ubi bukan tepung sagu tapi bolehlah untuk lepaskan gian...hehehhehehehe...ada sapa2 pun teringin??? Cepatlah buat pesanan....


Ini rupa yang digoreng panas2....


 


 

 
Muzium Jepun...
06.12.05 (5:01 pm)   [edit]

Kalau di Malaysia...rasanya last dlm senarai...tapi kat sini tgk hidup jer muzium dorang.


Semalam pergi jengok2 Subway Museum di Kasai..boleh tahan pengunjung dan ada show jam 1:00 tengahari sampai Abang Long banyak kali dipujuk balik...haru betul ...dia seronok pulak main2 kat situ.


Pelbagai jenis model keretapi yang ada dan boleh dicuba macam2...ibu pun tak terkecuali mencuba jadik driver sekali seumur hidup...hehehehehe...seronok juga ye!


 
Kau bungaku...
06.04.05 (6:49 pm)   [edit]

Sebenarnya nak masukkan entry tapi tak terbuat pulak bila ada gangguan.Foto nih diambil masa pergi Yatsu Bara En . Ada lebih dari 100 spesis bunga ros dengan pelbagai warna dan saiz,macam syurga ros lah ibaratnya.Sungguh cantik dan menjadi pengalaman pertama kami melihat jenis,saiz,warna yang tak pernah dibayangkan ada sebelum ini.


Subhanallah...itulah sebaik-baik kata buat Maha Pencipta di atas kebesaranNya menghidupkan alam ini dengan pelbagai keindahan!


 
apa dia
06.04.05 (6:38 pm)   [edit]

 


Cuba teka...???

 
Tak terkata...
06.02.05 (2:53 pm)   [edit]

:D Seronoknya bila cubaan menjadik...malu sebenarnya nak cite maklumlah dah tua2 baru belajar buat donut kali ketiga...


Cubaan pertama dulu dapat resepi agak2...haaaaa jawabnya dapat donut agak2 nak masuk tong sampah,keras 'kong'...takdak sapa nak makan lah...huhuhuuhu...


Kali kedua buat ada org kata boleh pakai tepung yg Jepun .So mencubalah...entah apa rasanya dengan rasa muak dan pelik tapi agak lembut skitt namun masih tak dapat menarik perhatian 'pelawat'...


Jam 3:00 ptg utk kali ketiga mencuba sekali lagi (nih dapat resepi dari orang dah biasa buat tapi mungkin tersilap bagi sukatan air terlalu byk ,..biasa dia tak sukat pun,agak2)...nasib baik tak dicurahkan semua air kalau tak dapat tepung berendam dan jadik 'donut berendam'.


Penimbang pulak dah buat hal...tak nak duduk diam satu tempat..sekejap2 beralih dari angka 0...harunya bila dah sukat 500gm macam skitt pulak...aduihhh kacau la bila zero input pasal donut nih(tu la masa kat Msia langsung tak teringin nak mencuba) 


Pas tu main agak2 jugaklah masukkan air,teringat buat doh pizza pun dorang kata macam buat doh donut(lebihkurang)...hahah 'belasah' jer dengan sedikit ilmu memasak..


Tunggu pulak dlm 2-4 jam seperti yang tersurat...lamanya mak oii nak tunggu,anak dah tanya bila nak siap ibu......dah tu jangan bagi jatuh pulak bila dah naik kata kawan yang baru mai rumah..."apa yang jatuh pulak...adussss""gue ngak paham deh..langsung keluar bahasa seberang""Rupanya ada limit masa naik dan jatuhnyer...haru betul tapi actually great info dlm ilmu membuat donut nih...kalau tak tau dan main belasah jer..sampai kiamat pun tak jadi donutku...


"Siti...dah dekat 2 jam,ok tak saiz nih mcam dipam2,boleh uli dan tekap ker"???
"Boleh kot sebab nampak naik 2 kali ganda nampaknya tuh...."


"Lepas tekap nih kena tunggu lagi ker Tie..."??? "Ya akak tunggu lah dalam setengah jam..dia akan naik lagi...tuh..baru boleh goreng"


"Hahhhhh dah naik Tie...harap2 sedaplah donut akak kali nih..boleh Tie rasa sekali ,tak mau dah masuk tong sampah....huhuhuhuhuhu"


"Api jangan besar yer kak....!!!""Ok..."


Hah dah siap donutku...hubby pun dah ada kat rumah,anak pun dah tak sabar nak merasa donut buatan ibu.


Alhamdullillah bila hubby kata 75% menjadik walaupun tak selembut dan segebu yang Mr.Doughnut punyer,ini satu permulaan yang baik buatku dari zero pasal membuat donut...


Tapi yang peliknya masa di Msia tak teringin nak makan donut,kalau beli 2 ketul tak terlarat nak dihabiskan(anak2 pun sama)..tapi kat sini sebaliknya.Mungkin air tangan dari seorang ibu dan isteri lebih membangkitkan rasa dan keinginan utk makan(pandai2 buat andaian).Tukang masak sendiri pun berselera tinggi nak makan...ehehehehe(cepat gemuk la kalau cam nih).


Sekejap saja laris jualan ku bila gerai dibuka...emm tinggal dua ketul lagi.Sedangkan air utk doh masih byk lagi sayang nak buang sebab berisi susu ,gula,garam so aper lagi buat sekali tuh tepat jam 7:00ptg..hahahaha ibu meng'uli' lagi doh.Baru rasa confident nak buat donut dan rasa2nyer boleh agak2 dah skitt dia punya sukatan....


Anak2 pun seronok semacam memakan donut ibu sampai dah gosok gigi pun makan semula bila tgk donut ibu terhidang atas meja...alahai seronoknya ibu dan terus rasa bersemangat membuat donut lagi...hehehehehe tiba2  rasa nak buka kedai "Mr.Doughnut"....pulak dah! 


Motto ibu hari ini "PRACTICE MAKES PERFECT"...


 

 
Chawan...
06.01.05 (3:30 pm)   [edit]

Bukan sebarang chawan...
Chawan datang dari jauh...
Berguru bukan sebarang guru...
Guru special import dari Kobe...


Tapi rasa pelik skitt kerana shiitake terapung pulak dilautan telur...rasanya yang kat kedai tenggelam kat dasar laut...ada petua???


 
Pucuk...
06.01.05 (3:21 pm)   [edit]

dicita..ulam mendatang...baru kujumpa pucuk paku idaman malaya...namun agak berbeza sedikit dengan yang Malaysia punya...entah terbang dari mana...yang pasti kena beli dan merasa sayur goreng kicap pucuk paku...ingatkan nak masak lemak tapi udang tak ada so menu pun berubah ikut kesesuaian bahan...


Macam biasalah...



 


 

 
Baru menjadi...
05.26.05 (4:03 pm)   [edit]

Entah kali ke berapa...baru ada rupa pizza kat kedai...huhhuhuhuhuhu. Itupun setelah menggunakan tepung roti...


Sebelum nih gunakan tepung gandum jer,keras 'kong' roti pizaku.Alhamdulillah dapat juga merasa yang ala2 kat kedai walaupun bukan sebijik tapi seirasssss....


 
Omedetou tanjoubi...
05.22.05 (9:57 pm)   [edit]

Khas buat suamiku yang tersayang...moga kasih sayang kita kekal abadi buat selamanya lebih2 lagi dengan kehadiran sepasang hero dan heroin sebagai penyeri hidup.Terimalah special keki dariku untukmu...