namun kupunya hati.....


Blog For Free!


Archives
Home
2006 January
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January

My Links
Milikku
Nukilanku
Lynn
rubie
Yani
amoi
Moplantai
K.Halela
fuad
MBA
puterihani
raden
kak siti
yussoff n yana
lagu jepun

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Alahai Winter Sonatai.....
01.30.05 (1:13 pm)   [edit]

Aku dibesarkan di kotaraya yang penuh dengan kesibukan, kesesakan,dibanjiri dengan manusia yang sering mengejar masa...Sebagai gadis yang baru menginjak ke alam remaja lebih2 lagi hidup di bandar besar mengajar aku erti kebebasan dan keseronokkan. Memiliki teman sehati sejiwa pula menambah erti kehidupan yang penuh keriangan.Kekayaan orang tuaku  membuatkan aku tidak pernah kekeringan wang saku apatah lagi aku hanya anak tunggal .


 Namun kadang2 aku merasa kesepian lantaran kesibukan papaku sebagai bussinessman yang memiliki syarikat hartanah yang kukuh dan sering berulang-alik ke luar negara.Di tambah ketiadaan mama dek meeting sana-sini dengan persatuannya. Apatah lagi mama dilantik sebagai presiden yang memerlukannya memberi komitmen. Aku anaknya yang terpinggir kasihsayang telah hanyut dibawa arus peredaran zaman. Dunia moden ciptaan barat yang menjadi ikutan remaja kini lebih2 lagi remaja seperti aku.  


Papa menghantar aku ke International School, katanya lebih bagus untukku. Aku menurut saja kehendak papa . Di situlah aku mengenali Serina ,gadis Serani yang petah berbicara sinonim dengan anak seorang peguambela terkemuka yang namanya sering terpapar didada akhbar dengan rentetan kejayaannya. Juga bersahabat baik Puspa yang memiliki sense of humor,pecah perut kami dengan lawak bersahajanya.Orangtuanya juga tidak kurang hebatnya, memiliki chalet yang diusahakannya bersama di Pantai Chenang, Langkawi. Aku pula Carolina ,gadis kacukan Melayu-Inggeris yang mewarisi kecantikan mamaku.Pelajar2 lelaki mana yang tidak mengenali aku ,mendapat tahta ratu sekolah sejak 4 tahun berturut-turut.Membuat aku dicemburui ramai pelajar perempuan yang lain. Surat2 cinta ,surat berantai datang silih berganti. Namun aku tetap aku....tenang menghadapi itu semua. 


Suatu hari aku dikejutkan Puspa bahawa esoknya seorang pelajar lelaki akan bersekolah disini dan ditempatkan sekelas dengan kami. Biasanya dialah menjadi penyampai tak bergaji kepada rakan sekelas disamping tugas melawak yang tak henti2.Katanya lagi kedua orangtua mereka saling mengenali. Parent budak lelaki tu berasal dari Korea tapi sudah lama menetap di Sarawak . Dia juga adalah sepupu kepada pelakon  Winter Sonata yang menjadi pujaanku&nbs p; si Bae Yong Jun.Aku tidak dapat melelapkan mata malam itu memikirkan cerita sensasinya...dengan ekspresi wajahnya yang bersungguh-sungguh.


Pagi tu awal2 lagi aku dah terpacak kat kelas setelah dihantar driver papaku. Tak pernah aku sebegini awal sampai ke kelas hanya gara2 si Puspa punya berita hangat...menambah keinginanku mengenali pelajar itu. Ketika kami asyik bersembang tiba2 pintu bilik terbuka,guru kelas kami, teacher Mr. Tan datang ditemani seorang pelajar baru. Memang sah la tu...emm tak kurang handsome orangnya juga ada iras2 pelakon kesayanganku.Betullah cerita Puspa pada sangkaanku.Tiba saat memperkenalkan diri, kulihat Puspa dan Serina ketawa berdekah-dekah sambil menahan perut...aku semakin keliru dengan gelagat mereka.


Mr. Tan itu memperkenalkan pelajar itu yang berasal dari Sarawak. Tepat seperti yang Puspa ceritakan padaku.Kini giliran pelajar itu introduce dirinya."My name is... Winter son of Atai...bla...bla...bla..."aku tidak dapat mendengar ayat2nya selepas itu lantaran menahan perasaan marah bercampur dengan geram.Rupanya Puspa dan Serina dah berpakat awal2 nak mengenakan aku....merah padam mukaku menahan malu...rasanya  nak kucubit2  budak berdua tu.....tapi kerana merekalah aku rapat dengan WINTER SON of ATAI........sampai sekarang.....kini... dan... selamanya. 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

 
Seorang tua di kaki bukit...
01.26.05 (4:51 am)   [edit]

Kisah ini berlaku 25 tahun yang lampau...di sebuah perkampungan  di negeri pantai timur. Ketika itu aku baru memasuki  usia belasan tahun...biasaklah sebagai remaja lelaki  aku suka menghabiskan waktu menjelajah satu kampung tak kira pagi atau malam...dengan basikal kesayanganku...BMX. Aku masih ingat lagi ketika hari pertama mendapat hadiah basikal kerana lulus 4A dalam peperiksaan penilaian darjah 5, seharian kuhabiskan masa meronda-ronda kat kawasan kampung sampai orang kata ke hujung kampung pun aku redah. Ayahku menggeleng kepala je dari jauh melihat telatahku...namun dia mengotakan janjinya bila aku lulus dengan cemerlang...susah nak dapat 4A hasil usaha ,penat jerih aku....lagi2 budak nakal dari  kampung pedalaman. Kira orang kampung tabik springggg...la. 


Namun begitu..aku tidak melupakan tanggungjawab membantu kedua orangtuaku mengerjakan sawah yang lebihkurang 2 ekar bila ada kelapangan. Lintah , pacat adalah teman baikku...sewaktu musim membajak sawah...bukan dengan traktor tapi si kerbau...2 ekor , Hitam ngan Legam. Nama tu aku yang bagi...he..he...he...


Di hujung kampungku itu ada seorang tua...namanya Mak Wok yang jalan pun dah terbongkok-bongkok. Kesian dia sejak kematian suaminya arwah Pak Amat ,tinggallah dia keseorangan meneruskan sisa hidup dengan rumah bercahayakan lampu minyak tanah, dah la tu terpinggir pulak sorang2 kat kat tepi bukit. Seingat aku Mak Wok ada mempunyai seorang anak lelaki tapi lepas berhijrah ke bandar besar tak nampak pun batang hidung nya. Agaknya dah selesa kat sana langsung tak mahu balik maklumlah rumah burok dan lagi tak ada kemudahan macam kat bandar tu. Perangai macam ni aku cukup tak berkenan ibarat si tenggang si anak derhaka tu la. Nak buat jahat, buat le tapi dengan orang tua jangan sesekali nak menderhaka. Tak mencium syurga jawabnya...


Berbalik kisah Mak Wok tadi , selalunya petang2 aku pergilah tolong dia apa2 yang patut. Mengambil air dari telaganya yang tak berpagar...buatnya aku jatuh dalam tu..naya...mati lemas kat situ. Mak Wok ni suka menanam sayur2 ada la 3,4 jenis sayur...terung, kacang panjang, timun, lada burong dll. Bila sayurnya dah matang aku le orangnya yang menolong jadi jurujual berbasikalkan BMXku...."sayur2 "..."ada sayur terung ,kacang, timun, murah2 je". Biasanya habis sayur Mak Wok aku jual , dapatlah upah 20 sen. Kira besar nilai duit 20 sen masa tu...boleh beli 2,3 benda. Zaman sekarang nak beli Paddle pop pun tak cukup.


Tapi ada satu peristiwa yang buat aku tak lupakan Mak Wok, kisahnya di suatu petang , ibuku menyuruh aku menghantar kuih 'che mek molek' favoriteku kerumahnya. Waktu tu dah pun senja, jalan pun dah gelap maklumlah mana ada tiang lampu kat sepanjang jalan tu. Aku pun mengayuh laju2 supaya cepat sampai. Dari jauh nampaklah cahaya lampu minyak tanah rumah nya. Bila je sampai aku cepat2 memberi salam, "assalamualaikum" "Mak Wok" ...ooo..."Mak Wok" lama juga aku menunggu...bunyi macam ada orang menumbok kat dapur.Mungkin dia tak dengar kot2 sound trouble ke manalah tahu. Lalu aku pergi ke belakang rumahnya , kat situ ada la lubang skit sebesar duit 5 sen. Aku mengintai dari situ ,ternampaklah  bebayang Mak Wok tengah menumbok . Baunya macam sambal belacan...emm sedapnya kalau makan ngan nasi panas, cicah dengan petai berlaukkan ikan kembong bakar. Tiba2 aje terdengar suaranya "haa...kau, Leman...letak je kuih tu kat depan pintu". Pelik jugak aku bila masa Mak Wok tau aku datang nak hantar kuih. Memandangkan hari dah gelap aku pun cepat2 angkat kaki, dahla tu nak kena melintasi kawasan perkuboran .....Dalam kegelapan senja itu aku nampak macam kelibat Mak Wok membawa bungkusan plastik dari kedai Pak Mail kat simpang 3. Dah sah la tu...tapi siapa pulak orang tua yang dok menumbok sambal belacan dirumahnya......


Sampai sekarang aku tidak dapat melupakan seorang tua di kaki bukit yang bernama Mak Wok dengan sambal belacannya......dan.... kawan misterinya itu.......