namun kupunya hati.....


Blog For Free!


Archives
Home
2006 January
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January

My Links
Milikku
Nukilanku
Lynn
rubie
Yani
amoi
Moplantai
K.Halela
fuad
MBA
puterihani
raden
kak siti
yussoff n yana
lagu jepun

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Janji kami setia ke akhir hayat...
02.28.05 (2:34 pm)   [edit]

Petikan dari : Utusan Malaysia:1 Mac 2005:Alangkah bagusnya...


Menjadi lumrah, keindahan sesebuah perkahwinan semakin lama akan menjadi semakin hambar jika tidak dibaja dan disiram dengan kasih sayang. Silap langkah, akan roboh dan musnah.


Namun bagi pasangan ini, biarpun usia perkahwinan sudah 38 tahun, kemesraan bagaikan baru semalam diijabkabul, utuh dan sarat dengan kasih sayang.


Menyaksikan aksi gambar-gambar sambutan majlis sambutan ulang tahun perkahwinan yang diadakan setiap lima tahun sekali tersirat di hati, alangkah bahagianya mereka.


Malah saya kagum dengan ketelusan mereka menyambut ulang tahun perkahwinan sejak mula bernikah hingga kini sedangkan banyak pasangan bercerai berai dan langsung tidak ingat akan tarikh tersebut.


Pertemuan dengan Lamang Donggoh, 59, dan isteri tersayang Zainab Ismail, 56, merungkai segala keindahan dan kebahagiaan yang mereka kecapi setelah 38 tahun hidup bersama.


Lamang, sanggup berbelanja hampir RM5,000 setiap lima tahun sekali untuk merayakan ulang tahun perkahwinan mereka - siap dengan perarakan, ba-lai, kenduri kendara, kompang dan bersanding dengan Zainab bagi mengimbau kembali kenangan manis kala mereka menjadi raja sehari.


Bukan itu sahaja, selepas majlis selesai Lamang dan Zainab akan pergi berbulan madu sehari dua seperti lazim dilakukan pasangan pengantin baru. Ini diikuti dengan pemberian hadiah atau makan malam bersama.


Sepatah kata Lamang apa yang diamalkan adalah sebagai tanda cinta dan penghargaan kepada Zainab yang telah sanggup berkongsi susah senang bersamanya sejak hari pertama mereka bergelar suami isteri sehingga hari ini.


Ditanya mengapa menunggu lima tahun untuk majlis seperti itu, Lamang berkata, tempoh itu adalah yang terbaik dan sesuai kerana sepanjang tempoh itu masing-masing dapat menilai pengorbanan antara satu sama lain serta menguji kesabaran dan kematangan mereka sebagai suami isteri.


Lamang dan Zainab bertemu buat pertama kali di Woodland, Singapura pada tahun 1967 ketika Lamang berkhidmat sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Pertemuan itu membuahkan cinta dan setelah seia sekata untuk sehidup semati, mereka diijabkabulkan pada 31 Julai 1968 ketika Lamang berusia 23 tahun dan Zainab, 20 tahun.


``Zainab bagi saya wanita terbaik yang saya miliki. Segala-gala ada padanya, baik, mengambil berat dan kami berkongsi hobi yang sama, melakukan kerja-kerja sukarela. Ketika itu beliau giat berpersatuan dalam Women's Institute (WI),'' katanya.


Menurut Lamang, mengadakan sambutan ulang tahun seperti itu, selain dapat mengukuhkan hubungan dan kemesraan suami isteri, menerusinya juga dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan rakan-rakan dan saudara mara yang berkunjung.


Lamang tidak menafikan, tindakannya mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan itu turut menjadi umpatan orang yang tidak senang dengan caranya.


``Saya tidak kisah apa orang nak kata, yang penting kita tahu apa kita buat,'' katanya.


Berkongsi tip dengan masyarakat, Lamang mencadangkan agar setiap pasangan memahami antara satu sama lain dengan lebih serius.


``Biasanya pasangan yang berkahwin hanya mementingkan keseronokan tetapi enggan memikul beban rumah tangga dan tanggungjawab. Mereka sebenarnya tidak bersedia,'' katanya.


Bagaimanapun perlu diingat bahawa Tuhan menjadikan manusia itu berpasangan dan selidik siapa pasangan anda. Seperkara lagi, apabila pasangan anda sedang panas hati biarkan dia sejuk dahulu sebelum menerangkan keadaan sebenar.


``Sebelum memilih isteri pastikan calon yang diingini mempunyai pegangan agama dan berakhlak kerana ia benteng yang kuat dalam rumah tangga serta menghormati mertua dan ibu bapa,'' nasihat Lamang yang berasal dari Benut, Pontian, Johor.


Sehubungan itu Lamang mensarankan generasi hari ini supaya tidak menyalahgunakan kebebasan berpasangan dengan berpeleseran tidak tentu hala sehingga akhirnya menjatuhkan maruah kerana terlibat maksiat.


``Ke mana sahaja saya pergi, isteri mesti saya bawa bersama. Ini untuk menutup peluang orang ketiga masuk dan mengeruhkan rumah tangga. Jangan omong kosong dengan orang, nanti takut terkena buku dengan ruas. Jangan menyatakan masalah kepada orang lain, nanti termakan simpati orang.


``Sekiranya kita sudah mempunyai isteri, katakan kita sudah berkahwin dan sedang berbahagia dengan isteri kita,'' katanya.


Lamang tidak percaya, ber-kahwin lebih daripada satu akan membawa kepada kebahagiaan sebaliknya hanya mengundang pelbagai masalah.


Hakikatnya, kehidupan berumahtangga perlu saling bantu membantu. Wanita yang sanggup bersusah senang dengan suami, adalah isteri yang terbaik.


``Buat apa hendak kahwin lain sedangkan yang satu itu boleh memberikan kebahagiaan dan menguruskan rumah tangga dengan baik,'' katanya.


Sehingga kini, Lamang dan Zainab masih mengamalkan tingkah laku romantis seperti beriba kepala, duduk berdua-duan, makan bersuap dan memicit badan bagi meneruskan kemesraan.


Tidak dinafikan sedangkan lidah lagi tergigit, pasangan ini juga sering dilanda perselisihan faham tetapi bagi mereka itu adalah pemanis dalam rumah tangga.


Pun begitu, di sebalik kebahagiaan yang mereka nikmati, jiwa Zainab diulit gelisah setelah Lamang disahkan menghidap kanser otak setahun lalu.


Namun berkat kasih sayang seorang isteri dan doa daripada insan-insan yang mengambil berat tentang dirinya, kesakitan itu berjaya dilalui dengan pasrah dan sehingga kini Lamang masih sihat.


Bergantung kepada ubat-ubatan untuk meneruskan hidup agar sihat, Zainab merupakan `jururawat sepenuh masa' yang cukup setia menjaganya.


Zainab kala ditanya perasaannya mengenai penyakit yang ditanggung Lamang berkata, pada mulanya dia menangis dan merintih. Tapi Lamang tetap bersikap seperti biasa. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Lama kelamaan perasaan bimbang dan takut hilang sendiri.


``Setiap hari kami lalui dengan kegembiraan dan kasih sayang. Saya tidak memikirkan sangat sakit yang dialami Lamang. Malah masa terluang kami habiskan dengan berbicara tentang perkahwinan yang cukup bernilai ini,'' kata Zainab.


Amalan murni pasangan ini patut menjadi contoh kepada suami isteri khususnya pasangan muda yang sedang mengharungi cabaran rumah tangga.


Bak kata Lamang, buat apa mencari yang lain jika yang satu sudah boleh memberi kebahagiaan patut menjadi renungan kita bersama.


Payah mencari lelaki yang setia pada isteri dengan sepenuh jiwa raga, begitu juga susah mencari isteri yang memahami kehendak suami.


Namun, Lamang dan Zainab telah membuktikan mereka punya cara sendiri mengikat hati masing-masing. Dalam duka mereka ketawa dan dalam ketawa mereka berduka.


``Kini saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada tuhan agar suami diberi kekuatan dan semangat. Sebagai isteri saya akan sentiasa di sisinya seperti dahulu. Kasih saya tidak pernah luak walau sebesar zarah sekalipun. Susah senang kami tanggung bersama. Janji kami akan setia ke akhir hayat.'' kata Zainab

 
Terasa lagi...
02.23.05 (4:30 am)   [edit]

Kali ini kul 10 malam bergegar lagi tapi tak kuat macam tempohari, anak sulongku berlari mendapatkan aku lalu baring disebelahku sedangkan adik sudah lena diulit intan...


Hubby pulak cam biasa buat spot check dalam beg 'kecemasan' kalau2 torch light tak berfungsi di malam hari.Nasib baik sekejap jer gegaran tu, hati selalu berdebar bila terasa bergoyang-goy ang rumahku ini.Kerap pulak ini terjadi...masya-Allah minta dijauhkan dari malapetaka menimpa.


Kadang bila jadik macam nie rasa nak balik kampung...tapi dari sudut positif,kalo Allah nak timpakan bencana ,kat mana2 pun boleh terjadi.Tengok skang kat Mesia pun dah kena Tsunami...jadi aku tertanya-tanya dalam hati adakah ada tempat yang lebih selamat untuk didiami??? 

 
Keputihan.....
02.21.05 (1:44 pm)   [edit]

Penyakit keputihan ada 2 yang sering mendatangkan masalah kepada kita iaitu keputihan rambut bila meningkat usia dan yang satu lagi tu biasa dialami oleh kebanyakan wanita terutamanya bila meningkat dewasa(sudah besarlah katakan...). Jadi topik yang aku nak kupas hari ni ialah penyakit yang kedua tu sebabnya kalau penyakit keputihan rambut tu tak berapa penting..cuma ambik iktibar maknanya kita perlulah menambah lebih amalan untuk bekalan nanti (ingatkan diri sendiri).


Ini ada sedikit info berkaitan keputihan sekadar berkongsi maklumat dan juga panduan.  Wanita menghasilkan antara 20-120 gram cecair yang keluar dari anggota sulit dan cecair semula jadi ini membasahi anggota dalam salur reproduktif supaya sentiasa berkeadaan lembap. Kadangkala pengeluaran lendir ketara dan ini boleh berlaku akibat alahan kepada sesuatu makanan atau kepada sesuatu pencuci anggota sulit atau kosmetik seperti bahan pewangi atau tekanan kepada anggota sulit seperti pakaian ketat dan pelekat higene yang tidak sesuai.

Keputihan semula jadi boleh keluar dengan ketara apabila wanita itu terangsang atau melakukan sentuhan intim kepada anggota sulitnya sama ada dengan tangan atau menggesel dengan bantal atau antara peha. Kadangkala seluar yang ketat boleh menyentuh bahagian yang mudah merangsang dan akan berlaku pengeluaran cecair. Apabila wanita itu tidak menjaga kebersihan anggota sulitnya bahagian itu boleh terkena jangkitan akibat kontaminasi yang mana bahan kontaminasi itu datang dari lubang najis atau air kencing.

Pastikan apabila membersih najis tangan di hala ke belakang untuk membersihkan najis. Jirus air dari atas apabila membersihkan air kencing dan jika lap dengan tisu, sapu dari atas dan hala ke bawah dan buang tisu itu.

Pastikan menukar pelekat higene setiap kali buang air kecil atau air besar dan jika pakai 'tampon', penyerap darah haid yang dimasukkan ke dalam salur faraj pastikan ia ditukar kerap kerana takut masalah sindrom 'toxic shock' akibat kemasukan kuman ke dalam sistem darah.

Jika ingin membersihkan anggota sulit pasti menggunakan bahan pencuci yang sesuai kepada kulit. Jika terasa kurang selesa kemungkinan kesan sampingan bahan tersebut dan cara untuk mengesan sama ada bahan pencuci itu sesuai kepada kulit anggota sulit, sapukan sedikit di bahagian kelengkang semalaman dan jika tiada kesan sampingan boleh gunakannya.


Sebenarnya kita orang pompuan tak terkecuali dengan keputihan ini...yang membezakannya mungkin sesetengahnya mengalami sedikit keputihan sementara ada ramai juga yang sampai ke peringkat yang teruk sehingga mengeluarkan bau kurang enak disamping perubahan warna bukan lagi putih bahkan boleh menjadi  kuning ataupun hijau....oleh itu cegahlah sebelum terlambat (juga mengingatkan diri sendiri


Aku berharap sedikit ilmu ini boleh memanfaatkan kepada sume kaum Hawa dimukabumi ini...yang baik kita jadikan sebagai panduan! Insya-Allah....

 
Berguru bukan kepalang ajar...
02.19.05 (8:27 pm)   [edit]

Bagai bunga kembang tak jadi ....untuk story aku hari ni. Yalah dalam nak menuntut ilmu mcm2 cabaran rupenya. Begini le kisahnya..aku cuma teringin ngat nak mencuba resepi Nihonjin ni...pulak tu tertengok dalan kawan punye blog dan jugak fotopages...terliur gak...so mintaklah gambar2 ngan resepi skali. Konon nak buat la weekend ni sebab baru boleh keluar cari bhn2.Snap la pic..yang diberi then bawa dig.cam kat Mamimart, pusing2 tak jumpa dengan yang dihajati..jenuh dok banding gambar satu pun tak sama. Pas tu...terjumpa la seakan-akan sama tapi lain pulak packet nyer..siap tanya ngan Nihonjin kat sebelah..(bukan ckp pun tunjuk pic yang lebihnya...)


Pendek kata ada 2 bhn yang lebihkurang kot yang lain macam sos langsung tak de..Penat la dok main 'tawaf' kat dalam supermarketo sampaikan case digital camera tercicir tak sedar...Sebenarnya aku dah pernah cuba buat sebelum kenal ngan kawan blogger yang merangkap sensei memasak (baik gitu..hehe)kan..kan... orang Kobe tapi tak la sesedap mana pun bila guna bukan full complete resepi...entahlah sedih betul bila semangat berkobar-kobar nak mencuba TAKOYAKI&nbs p;tapi tak berhasil lagi. bila keluar pasaraya tu..hujan pulak..fuhhh sejuk gilerrr..glove kain pun tak dapat menahan sejuk, membeku gitu...tup-tup sampai rumah nengok jam dah kul 4 ptg sedangkan perut dah berkeroncong,berdondang sayang....masa pulak dah terbuang byk kat pasaraya.Sedihnya hati Tuhan jer yang tahu..rasa nak menangis(meleleh dah pun) pun ada meredah dalam hujan ngan beskal dengan barang yang dicari tak dapat sepenuhnya.


Tension pulak jadiknya bila cam tu...tgh2 sedih pun kerja rumah kena buat sambil laju jer airmata tak dapat ditahan lagi...sedangkan perut mintak diisi. Entah bila pula nak mencari bhn tu ,mungkin nak try cari kat pasaraya lain pulak tapi belum tahu bila ...??? Begitulah rupanya tajuk utk entry aku hari nie ..ada juga cabaran walaupun hanya ilmu memasak tapi secara online lagi..(maybe barang sini tak sama packetnya dengan kat Kobe) Maaf ye sensei Lynn belum sampai masa nak mencuba...huhu..sedihnya hatiku!


BERGURU BUKAN KEPALANG AJAR...
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI...

 
Boring....
02.17.05 (10:43 pm)   [edit]

Boring datang lagi...
Bisakah aku diam membatu...
Atau mencari alternatif baru...
Sekadar mengisi masa kosongku...
Perlukah aku membuat sesuatu...
Hanya kerna ia melanda diri...
Atau ada yang lebih boring dari aku...
Mungkin sekadar luahan rasa...


Kemana arah nak kutuju...
Bila datang tak menentu...
Apa patut kubuat semata-mata...
Menghilangkan perasaan itu...
Mungkin kerana lama membeku...
Bila fuyu masih disitu...
Sementara menanti sakura...
Haru datang berganti...


Atau adakah aku manusia membosankan...
Hanya orang disekeliling yang lebih tahu...

 

 
Masih mencari-cari....
02.16.05 (1:22 pm)   [edit]

Sebenarnya banyak lagi ilmu duniawi mahupun ukhrawi yang belum kukutip sepanjang hidup ini...mengenali dunia haiwan,dunia sains dan segala macam dunia...belum pun masuk tentang bab hidup di dunia yang satu lagi.Banyak ilmu yang belum dihalusi dengan akal...mendalami tentang sesuatu perkara. Masih banyak kekosongan yang perlu diisi. Jika setiap hari anak tekak diisi dengan makanan untuk kesihatan fizikal apahal pula dengan pengisian rohani...yang juga perlukan kadar yang sama mungkin perlu lebih lagi kalorinya.


Apa yang boleh kukatakan terpulang pada diri kita sendiri dalam memilih bentuk cabang ilmu, jika hanya dunia yang dipilih itulah juga bekal akhirat yang dibawa namun jika dua2 dimiliki syukur Alhamdulillah. Memilikp pc sendiri juga banyak memberi kelebihan untuk menerokai dunia cyber,peluang membina ukhuwah hasil surfing sana-sini...hehe...sedikit sebanyak ilmu digarap, perkongsian ilmu, lihat bermacam ragam manusia,menyambung pertalian sahabat yang hampir putus tapi tak kurang juga gangguan gelombang oleh anasir2 tidak elok yang datang jika tidak berhati-hati memilih. Ahhh...tak dapat kuceritakan satu persatu...cabang ilmu yang begitu luas,bahkan terasa kerdil diri ini.....


Belum pun masuk sejarah2 di zaman lampau...sejarah masa zaman Rasulullah, sahabat2nya, mengenali wanita Islam yang penuh dengan siri kehebatan dalam berjuang menegakkan Islam pada masa itu...Kenalkah aku pada Hindun, Asma' Abu Bakar dll dan apa yang dilakukan sepanjang hidup mereka. Mungkin sekadar nama yang hampir dilupakan (zaman skolah dulu2...hafal sebab nak score A1) Pengisian jiwa yang belum menyeluruh...apa yang dicari...belum kumiliki sepenuhnya.


Berbekalkan dunia internet yang meluas ini dapatlah kukutip ilmu sepanjang perjalanan ini...sementara menanti anak2 bangkit dari lena...sementara belum tiba masa sibuk...sementara belum sampai waktu sakit...dan bermacam lagi sementara...tapi paling kutakuti sementara sampai waktu mati. Titik terakhir seorang umat Islam didunia tapi dunia yang satu lagi sedang menanti...cukupkah bekalan yang aku bawa sebagai persediaan???Masih ku mencari-cari pengisian yang hakiki... 


Buat kengkawan yang ingin mendalami sedikit-sebanyak ilmu untuk diri mahupun anak2  layarilah ke :



  1. http://quran.al-islam.com" title="http://quran.al-islam.com" target="_blank"http://quran.al-islam.com

  2. http://e-masjid.com 

  3. http://harunyahya.com" title="http://harunyahya.com" target="_blank"http://harunyahya.com 

  4. http://bahasajepun.com" title="http://bahasajepun.com" target="_blank"http://bahasajepun.com 

  5. http://zabihah.com" title="http://zabihah.com" target="_blank"http://zabihah.com 

  6. http://disney.go.com" title="http://disney.go.com" target="_blank"http://disney.go.com 

  7. http://sesameworkshop.org/sesamestreet" title="http://sesameworkshop.org/sesamestreet" target="_blank"http://sesameworkshop.org/ses...

  8. http://www.nhk.or.jp/kids" title="http://www.nhk.or.jp/kids" target="_blank"http://www.nhk.or.jp/kids

 


 


 

 
'Dia' datang lagi.....
02.15.05 (1:33 pm)   [edit]

Pagi ni lebih kurang kul 4:50 pagi aku dikejutkan dengan gegaran yang kurasa paling kuat sejak 5 bulan menetap disini.   Semuanya bergoyang.. ....lampu2,kedengaran pinggan mangkuk berlaga sesama sendiri kat sinki.Aku apa lagi terus memegang anak2 yang tidur dikiri kananku,nasib baik mereka tak terjaga, yalah dengan gegeran entah kali keberapa tapi paling kuat dan tidak tahu pula berapa skala Richter itu...memang cukup menakutkan lebih2 lagi bagi anak2 yang tak mengerti apa2...


Awal2 dulu,masa kami baru sampai, kerap juga gegaran berlaku sampai anak sulongku sudah tahu serba sedikit erti 'jishin'. Bila bergegar skitt..mulalah dia membuat laporannya..."ibu...ada gempa bunyi..." bukannya gempa bumi..."Ayyub takut tak mahu bergerak" katanya takut jatuh. Si adik pun sama mulalah mendapatkan aku dan mahu berada dalam pelukan ibunya.


Hubby pun cepat2 tengok tv ,katanya disebelah utara Chiba yang paling kuat gegaran kali ini. Alahai kecut perut kami dengan keadaan macam tu...banyak2 berdoa agar segalanya dalam keadaan selamat. Takut juga bila berlaku gegaran ni...bila tidak tahu sama ada gegaran kecil@ besar...kalau sekejap dah berhenti tu Alhamdullillah.....syukur kepada Allah. Kalau tak silap aku dalam 2-3 tahun lepas lagi,area Tokyo dalam prediction termasuk juga kawasan tempat kami tinggal maklumlah hanya bersempadan ngan Tokyo. Perasaan takut itu tetap ada...persediaaan juga mahu tak mahu disediakan beg 'kecemasan' yang berisi semua dokumen penting,skit makanan kering cam biskut, 3-4 botol air mineral ,2-3 roll tisu, diapers budak termasuk wanita 'punye' perlu ada. Yang lain2 tu termasuklah lampu suloh ,sedikit wang termasuk duit syiling, barang2 first aid. Beg itulah yang akan dibawa in case keadaan memerlukan kami keluar dari rumah....


Namun aku sangat2 berharap sepanjang 3 tahun kami berada disini tidak berlaku tragedi jishin seperti yang berlaku baru2 ini di Niigata...sungguh menakutkan...dan paling menyayat hati bila kehilangan orang tersayang.Tapi kuasa Tuhan tidak dapat kita nafikan...kalau benda nak terjadi tetap akan terjadi...Hanya Allah Yang Maha Berkuasa di alam ciptaanNya. Tu.... 'dia'....datang lagi....Wallahua'lam....

 
Tanpaku duga.....
02.12.05 (12:18 am)   [edit]

Petang ni aku keluar sat nak pi beli barang2 dapur dah habis. Macam biasa pegi ngan beskal kesayangan...actually kongsi beskal ngan hubby. Hari cuti aku le penunggangnyer.Kalau bukan hari cuti beskal tu jadik milik hubby la untuk pi  skolah tapi hanya sampai kat  eki jer and then dia naik 3 train untuk sampai skolah di Tokyo. Nak beli beskal lagi satu tak jadik2, tunggu ada sale kat Olympic, lebihkurang 7000 yen tapi selalu terlambat,beskal orang lain dah sapu....


Entah macam mana hari ni mungkin tuhan nak duga agaknya, aku terlambat brek bila nak turun bukit yang curam. Ya...Allah hanya tuhan jer tahu betapa kecutnya perutku. Beskal melelong dengan lajunya,bila nak brek dah tak makan saman pulak....dalam hati doa jangan lah jadik apa2 coz sebelah kirinya jalan ada kereta parking pulak manakala sebelah kanannya berpagar. Almaklumlah jalan kat Jepun ni semuanya alahai sempit2 belaka. Sampai kebawah pun masih lagi "beronar" beskal ni...dok melelong sat kekiri sat kekanan. Ya Allah kepada Engkau aku berserah! Nasib baik tak jadik apa2, masih panjang umur kalo terlanggar apa boleh jadi superwoman rasanya, boleh melayang tak pun bergolek....


Jantung pun dah rasa berdenyut kencang walaupun beskal dah under control, tapi cool pulak bila pegi beli ikan kat kedai Fresh n Cost, siap singgah jap ambik gambar itik kat tasik dan lain2 view yang rasa menarik dihati. Boleh pegi lagi beli sayur pulak kat kedai "bawang" (kedai yg jual sayur murah). Masa balik pulak hah menolak lah beskal yang sarat dengan muatan...mendaki bukit yang berbahaya tu.


Bila sampai rumah baru rasa lain macam jer, mengigil pulak rasanya bila teringat peristiwa tadi. Mungkin sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati di jalanraya. Itulah peristiwa yang berlaku tanpa kuduga.....(untuk picturenya boleh lah melawat my fotopages nanti).

 
Bukan kupinta.....
02.10.05 (6:30 pm)   [edit]

Masih kuingat seminggu sebelum meninggalkan tanahair sempatku menziarahi mu dihospital KB. Tiada lagi wajah segar bugar...yang kulihat sekujur tubuh cengkung, layu tak bermaya. Hari itu kau baru diambil ujian darah untuk diuji, kata doktor mungkin disyaki penyakit TB. Sekali-sekala kedengaran batuk2 diikuti nafas yang perlahan. Sembang2 dipetang itu menyimpulkan mungkin juga disebabkan faktor di tempat kerja. Yalah mungkin kerja di kilang kain menjadi penyebabnya...kerana katamu kau tidak memakai kain penutup habuk...sebagai langkah berjaga-jaga. Petang itu diakhiri dengan sedikit kata2 nasihat...


 Sebelum berangkat ke negara matahari terbit iaitu hari2 terakhir di rumah mertuaku di SP, aku diberitahu kau selamat pulang kerumah dengan izin doktor tapi bukan disebabkan TB. Dunia sains perubatan masih tidak dapat mengesan penyakitmu itu. Kau tetap kurus seperti itu berbeza dengan Zura yang kulihat dihari perkahwinan makcikmu awal June tahun 2003.  Cantik,  ayu berbaju kurung biru sambil mendukung anakku....Aliah Syuhada yang ketika itu baru berumur 5 bulan ke hulu kehilir tatkala aku sibuk kesana-kemari. Sempat jugak aku mengusik ibumu, kakak sulongku...."hai tak lama lagi dapat menantu la...anak dara dah besar panjang mesti dah ada calon menanti...tu.." Kau tersenyum manja.. malu agaknya.


Dari semasa ke  semasa kami bertanya khabarmu walaupun dari kejauhan, hanya itu yang mampu kami lakukan bila lautan menjarakkan Malaysia dengan Jepun. Emel dari kampung mengatakan keadaan kau masih tidak berubah dan selalu keluar masuk hospital. Lalu dicuba cara perubatan tradisional namun masih tiada perubahan, banyak duit dihabiskan untuk ikhtiar memulihkan kesihatanmu . Akhirnya terja wab bila kuterima berita dari emak bahawa kau disihir orang di tempat kerja...telah 'termakan' makanan. Seorang lelaki yang ingin memiliki hatimu mungkin kau tolak hasratnya. Tambahan pula sudah berkeluarga apatah lagi mempunyai anak. Anak-isteri tidak dipeduli hanya menurut nafsu yang bermaharajalela dihati. Bila yang diidam tidak dimiliki, ilmu syaitan kau dampingi. Dimana iman wahai lelaki bila kau menggunakan ilmu sihir pengubat hati....begitu mudah bila insan menghukum sesama insan lantaran mengikut kata hati yang telah mati...


Tanggal  8 Febuari aku menerima berita kau telah pergi dijemput IIahi petang semalam...menurut kata emak,pagi tu kau baru saja keluar dari hospital rumah keduamu sejak akhir2 ini. Sempat kau singgah berjumpa atukmu dan tiada siapa tahu itu adalah kali terakhir. Lebih kurang jam 6:30 petang darah keluar dari hidung dan mulutmu dan kau menghembuskan nafasmu yang terakhir...tak dapat aku bayangkan kepiluan hati kakakku bila kehilangan anak yang telah dijaga 24 tahun sudah tiada sekelip mata. Makcikmu ini hanya mampu menghadiahkan Al-Fatihah dan Surah Yassin semoga kau bersemadi dengan aman menemui Penciptamu Yang Maha Berkuasa. Ku terima hakikat bahawa jodoh,ajal maut semua milikNya, kita hanya merancang Dia jua yang menentukannya. Kami yang hidup belum tahu dimana titik noktahnya. Yang pergi tetap akan pergi, namun ku tahu kau gadis yang baik, lebih suka menghabiskan masa dirumah sahaja bila tidak bekerja melayan adik2mu. Bersemadilah kau dengan aman meninggalkan dunia yang penuh dengan cubaan dan ragam manusia. Namun jauh disudut hati aku sedikit terkilan kau pergi dengan cara begitu bukannya disebabkan penyakit biasa tetapi angkara buatan manusia.


Takdir sudah tersurat mungkin ada hikmah disebaliknya. Bukan kupinta jadi begini hanya dapat mengunjungi pusaramu sekembalinya nanti. Namun perjalanan masih jauh lagi dan tidak kutahu dimana ia akan berakhir untukku. Dunia hanya sekadar pinjaman dan manusia boleh berbuat sesuka hati bila tiada lagi iman dihati.Walaupun begitu berhutang nyawa sesama insan jangan sesekali. Jika tidak diuji kepada kita mungkin anak cucu menerima sengsara. Kalau didunia tidak mendapat balasan akhirat jua menerima hukuman. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui disebalik setiap kejadian!

 
Hijrah.....
02.09.05 (1:46 pm)   [edit]

Ringkasan dari petikan Berita Harian:


 5 asas hadapi cabaran era globalisasi:



Kedatangan tahun baru 1426 Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa penting dan bersejarah dalam kalendar Islam. Peristiwa itu bukan saja kerana bermulanya perkiraan takwim hijrah,malah merujuk kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah yang mengandungi rahsia, keistimewaan dan konsep tersendiri.


Jika diteliti dan dihayati,konsep hijrah pada era globalisasi mengajak umat Islam untuk kemanfaatan dan mempertingkatkan pelbagai aspek kemajuan. Umat Islam perlu sentiasa memuhasabah diri dan memperbaiki keadaan dari semasa ke semasa. Usaha membaiki keadaan kehidupan berterusan ertinya menghayati konsep pengertian hijrah kerana tiada jalan mudah untuk meraih kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.


Antara aspek penting dalam proses hijrah berterusan adalah:


1)  Hijrah iman-usaha membersihkan sifat keji (mazmumah) dan melazimkan
     dengan sifat terpuji(mahmudah)


2)  Hijrah ilmu-Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya.


3)  Hijrah amal-Sebaik-baik amal adalah yang berkekalan beserta dengan
     istiqamah dimana Rasulullah memberi amaran melalui sabdanya yang 
     bermaksud: Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.


4)  Hijrah nafsu-Nafsu tidak boleh dibuang daripada diri manusia namun 
     yang ditegah adalah menurut hawa nafsu yang membawa keburukan  
     kepada manusia.


5)  Hijrah akhlak-Keruntuhan akhlak antara punca umat Islam lemah yang
     dibawa oleh Barat. Jadikanlah peribadi Rasulullah sebagai panduan. 


Itulah sedikit ringkasan dari BH: 9 Febuari 2005, dimana muda-mudi masa kini semakin melupakan hari bersejarah ini. Agenda Barat yang semakin menular dikalangan remaja Islam menjadikan mereka menanti saat 14 Febuari sebagai hari istimewa bukannya tahun baru hijrah. Di hotel2 sibuk mempromosikan hidangan lazat untuk pasangan kekasih menghayati kononnya "Hari Memperingati kekasih"...


Dimana silapnya situasi ini sehingga telah bertukar  sedemikian rupa dan siapa yang harus dipersalahkan? Saya.., anda... atau mereka dan keluarga mereka....!
Wallahualam...


"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH :1426 H"    

 
Jom pi klas Nihongo....
02.05.05 (7:05 pm)   [edit]

Macam biasa hari Sabtu ada klas Nihongo . Kali ni giliran rumah aku pulak . Agak kelam-kabut sedikit nak prepare apa2 yang patut coz lepaih belajo ada makan skit, makan ringan jer...Nak study pagi ni pun tak sempat so bila sensei buat testo tu...haaa..apalagi berteraburlah jawabnya. Tak ingat dah mana satu tulisan Hiragana utk... mo...ma...jadik le makna lain.


Lagi satu sebutan pun kena betul2 sebab ada high @ low. Cthnya kalau hashi ada 2 makna . Satu jambatan n yg lagi satu tu chopstick...so kalo pi resutoran tu..pandai2lah sebut hashi....bukan hashi! Nanti naya tokei kedai nak cari jambatan...he...he..he...


Hari ni kami belajo 4 org saja sebab 2 lagi ada hal dalam negara....starting ngan buat testo 10 vocabulary...alah yang senang2 jer mcm yama , uma , shinkansen dll...tapi kalau tak review mmg kantoi...maklumlah dah tua2 ni baru nak belajo! lagi pulak Nihongo dgn Hiragana ,Katakana, belum masuk tulisan Kanji...haru betuiii....Nasib baiklah tak ambik markah ,nantikan kena potong elaun belajar...jangan marah suamiku...must do something to improve my learning skill! Kengkawan ada idea baguihh punye ke , camne nak pulun Nihongo nie???

 
Resepiku resepimu jua...
02.03.05 (4:20 pm)   [edit]

NASI KERABU (cadangan hidangan 4-5 org)


Nasi kuning:


-4 pot beras Siam, kalau ada beras Basmathi lagi cantikkk...
-Sebatang serai yg diketuk, jangan lebam udah le...
-1 sudu kecil serbuk kunyit(nak warna kuning,ikut warna serbuk kesukaan la...)
-2 helai daun limau purut saje ,jgn taruk daun lain nantikan poning...
- air ikut suka, elok2nya jangan kasi lembik.
-sedikit garam.


caranya taruk je sume bhn tu sekali...kacau skitt dah boleh dimasak.


Sambal Tumis:   & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;          Sambal Ikan:


-10 biji bawang merah   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;  -2 ekor ikan kembong(bakar)
-5 tangkai cili kering   & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ; -2 batang serai
-1 inci halia   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   -5 ulas bwg. merah
-2 batang serai   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;  -garam, gula secukup rasa
-secubit serbuk kunyit   & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;  -1/2 biji kelapa parut
-1 tin santan/sebiji kelapa
-garam ,gula secukup rasa
-2 keping asam gelugor


*Untuk memasak sambal tumis*


 -bawang,cili,halia serai dimesin halus dan gunakan minyak yang agak banyak utk menumis .Bila naik bau,letak santan,asam dan rasa garam,gula dan masak agak pekat,baru kaw2 punye! Juga boleh taruk budu sesudu baru ngammm...


*untuk sambal ikan*


-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun ditumbuk ngan lesung lagi sedapp...


*untuk ulam2nya, tgk situasi kat mana anda berada!
-taugeh,kacang panjang,timun batang bukan timun cina,kubis,bunga kantan, daun kesum,pucuk putat,pucuk ketereh dan ada lagi segala mcm ulam lagi daa....


*bolehlah dihidang ngan budu yg dicampur ngan cili padi(kalau nak pedas) Lagi satu perah asam limau nipis skitt...dalam budu dan juga taburkan kerepok atas nasi. Boleh dimakan dengan ikan goreng celup tepung,daging bakar, ayam goreng,telur asin,solok lada sebagai pilihan.(lagi byk lauk lagi sodap)


*nota kaki ; sebab skang kat Jepun ,ulam2 tu ikut mana ada,cam kcg pjg boleh ganti ngan kcg pendek... namenya kcg buncis...la.Macam ikan boleh ganti ikan sabak atau pun ikan yang kecik2 , betul ke eja tak tau lah tu...


p/s: sambal ikan tu jugak sedap dimakan dengan nasi impit@ nasi dagang...emm yummy2.

 
Petua dari Dr.Fadzilah Kamsah...
02.02.05 (2:38 pm)   [edit]

Dari petikan emel: story regarding didik anak.....


Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan...n pagi2 sebelum gi skolah mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cwn yg dia minum dan cam biasa, mesti ada skit belen...but not everytime...puratanya once a week.  Sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan...either belen makanan mak atau abah...TAPI kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan...kami kena habiskan sendiri.


So satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak...akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yang dia dapat dr arwah mak mertua dia sendiri...arwah tok pompuan kami sebelah abah. Katanya supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya...makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tgk mak bapak kita yg makin tua tu...Kalo kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya ...nak menjawab balik memang tak dak.


Walaupun kita tau yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri sok...,jgn sekali2 makan lebihan anak...samalah ceritanya..mak juga pesan ,pagi2 Jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan berselawat 3x sambil berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik...manakala pesan guru saya pula antara kesan terbesar bagi ibubapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka...jadi solat berjemaahlah ngan anak2 tiap kali waktu maghrib. 


Kami sekeluarga amalkan sampai sekarang....saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah Maghrib ngan mak dan abah secara praktiknya, inilah yg paling berkesan  sekali...tak caya try buat..kalau dapat semua waktu lagi baik..sgt besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2nya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya waktu Maghrib.


 "Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi bila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"


Just to ambil iktibar utk mendidik diri & family. Usia dunia dah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!


Yang baik datangnya dari Allah & yg kurang itu is my weaknesses.
Wallahualam....


 


Itulah dia petikan dari kata2 penceramah kita juga selaku pakar motivasi...Yang baik kita jadikan tauladan n yang burok jadikanlah sempadan....do impart this knowledge; you'll lose nothing!

 
Bicara antara 2 insan.....2 negara
02.01.05 (2:08 pm)   [edit]

Oshin : Selamat datang ke negara matahari terbit. Watashi wa Oshin desu.


Tipah :  Arigatoo gozaimasu...dozo yoroshiku. Latipah desu.


Oshin : Kochira koso , dozo yoroshiku.


Tipah : Wah, Oshin boleh berbahasa Melayu ye.


Oshin : Aaah...kacang jer tuu...(dlm hati berbelit gak lidah aku)


Tipah : Ni nak tanye skit ,tengok org Jepun baguih la jaga kebersihan,camne jadi lagu tuu?


Oshin : Ooo, kami sejak dari kecik lagi sudah kena 'train'...kalau tak hampass...nanti kena ketuk kepalo free2 jah.


Tipah : Tak raso payoh kah nak buang ikut jenis2 pulok ni?


Oshin : Alah bisa tegar biasa la....tirulah macam negara saya!


Tipah : Oo alo..., main peribahasa pulok. Malu wehh...nak banding ngan Mesia. Lagi satu bakpo tokleh bising sangat dlm rumah?


Oshin : Itu pun sejak lahir lagi kena 'brainwash' tokleh nok geger sangat. Tubit2 tu...teriok sikit2 jah...nanti keno maroh ko nurse ngan sensei.


Tipah : Jolo ko tu...ni auta lebih.


Oshin : Ibaratnya mace tu la...kalu nak gege gak , ayoh suruh masuk kot terebi,baru bulih nok wat bising ko nak guling2 pun takdok halange...


Tipah : Sapa lagu tu nah...payah weh nok ikut budaya org sini.


Oshin : Pelan2 la,hok molek mu bulih ikut,hok tok molek mu buang lah jauh2.


Tipah : Yalah....oklah ambo ado hal dalam negaro sat, nanti kito sembang2 lagi . Jange serik pulok.


Oshin : No hal, bulih dirunding, tapi bagi tip skit jadi aaa...


Tipah : Bulih, dlm hati....(mato duitan sunggoh...)sambil berlalu......


 


Moral of the story sebenarnya nak bandingkan kebersihan antara Malaysia dengan Jepun dan juga tahap kebisingan yang perlu diberi perhatian oleh sesetengah pihak....Persoalannya macaman a org Jepun boleh mengekalkan status yang baik dalam menjaga kebersihan dan tahap kebisingan yang rendah? Ini hanyalah sekadar satu pemerhatian...