namun kupunya hati.....


Blog For Free!


Archives
Home
2006 January
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January

My Links
Milikku
Nukilanku
Lynn
rubie
Yani
amoi
Moplantai
K.Halela
fuad
MBA
puterihani
raden
kak siti
yussoff n yana
lagu jepun

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Jalan2 kat Asakusa...
03.31.05 (6:21 pm)   [edit]

Naik 3 densha barulah boleh sampai ke Asakusa,nasib baik Sensoji Temple dekat jer ngan eki so dlm 5 minit jalan kaki dah sampai kat situ. Menariknya banyak kedai omiyage(cenderamata) dijual tapi rasanya takai desu ne. Kalau nak bagi kat famili @ orang terpenting boleh lah beli kat sini. Memang banyak pilihan juga. selepas tuh bolehlah melawat temple Buddhist tertua di Tokyo nih. Begitu banyak temple lama2 disekelilingny a,yang terkenal seperti Five Storied Pagoda. Kirei desu...juga ada burung merpati yang memang jinak2 kalau diberi makan tapi jangan bagi byk2 nanti Nihonjin marah.....ke apa.


Juga ada gerai2 makan so sempatlah mencuba real Takoyaki...best jugak rasanya. First time makan yang jual kat gerai, buat sendiri tak mengancam coz tak cukup bahan pulak. So sapa2 nak cari omiyage bolehlah berkunjung ke sana sambil jalan2 tengok temple...


Boleh melawat kat sini tgk sekitar Asakusa http://chendana.fotopages.com/?entry=396985" title="http://chendana.fotopages.com/?entry=396985" target="_blank"http://chendana.fotopages.com...

 
Sedih lagi...
03.29.05 (2:36 pm)   [edit]

Baru sat ni kawan yang nak pi Hokkaido datang berjumpa...rumahnya kat Green Height jauh skit dari sini,naik basikal sampailah. Rumah telah dikosongkan so dorang berangkat pagi nih la, katanya nak ambik tiket fune(feri) kul 3 ptg.


Yang nih kawan sama batch mai Jepun juga kawan YM so sunyilah sekejap YM coz pc pun dah kena packing n on the way ke Hokkaido gak...naik train gitu,kalau tak silap kena bayar dlm 125,000 yen setelah diminta disakaunto dari harga asal 160,000 yen. Yang bestnyer sume dorang angkut,kalu tak habis packing depa siap tolong lagi...baiknya Nihonjin nih kalu ada duit sume kerje jalan...


Akak sorang lagi tu dok kat sini mungkin lewat skit bertolak coz ada jemputan makan pagi kat sini. Dapatlah presento basikal buat Abang Long dan kete kecik utk Adik coz dorang tak mau bawak ke sana. Syakipah siap main basikalnya puas2 petang semalam maklumlah nanti rindu ngan basikal lama....


Begitulah adat belajar di negara orang...datang dan pergi silih berganti. Seperti rangkap lagu..."Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa...hilang di mata tapi hati tidak lupa..."
Nilah gambar kawan2 Abang Long yang akan berpindah ke Hokkaido..........



 

 
Sedih...
03.28.05 (10:41 pm)   [edit]

:cry: :cry: :cry:


Hari nih pi tengok Senpai yang nak pindah Hokkaido...rasa sunyi di lorong ini! Rumah K.Nur sebelah atas baru diangkut barang,kat bawah pulak dah balik Mesia pagi nih. Dahlah takdan jumpa pagi tadi,gara2 tersedar awal sangat pas tu rasa ngantuk ,kononnya nak tidur2 ayam langsung tak jaga. Sedar2 kul 6:45,berlari tengok kete kat parking....dah pun bertolak coz takde kat situ.


Tak dapat lah nak babai buat kali terakhir...Sayonara To Akak Fauziah n K.Yati sekeluarga...mungkin petang nih dah pun menjejakkan kaki kat Malaysia kalau tak transit kat mana2....masa berlalu begitu pantas. Masih teringat lagi masa sampai dulu,akak Fauziah la yang dok menunggu kat depan rumahnya bersama senpai2 yang lain. Akak Yati pulak pagi tu kena operate katanya...so dok spitallah tak dapat menyambut kohai yang datang.Miss katanya nak menyambut kohai datang. Kat Welshan takde sambutan sebabnya kohai ditempatkan di Green Height ngan Gyotoku.


Hari Sabtu nih kohai baru sampai so dah jadik senpailah...sekejap rasanya tup2 dah 6 bulan kat sini...mungkin disebabkan peredaran 4 musim menjadikan kami di sini berasa masa berlalu cepat sekali....."Masa berlalu tanpa ku menyedari......"



 


 


 

 
Baru lega...
03.28.05 (1:52 am)   [edit]

Alhamdulillah...sungguh lega, sebabnya dah pun ajak 4 famili 2 hari berturut-turut datang rumah makan2 skit dlm kul 5 ptg.Kelmarin 2 famili yang nak pindah Hokkaido dijemput dan ari nih pulak turn yang nak balik Mesia. Malam nih adalah malam last dorang kat bumi Jepun nih...mesti sayu,sedih,gembira bercampur2 maklumlah dah duduk selama 3 thn tiba2 sampai masa nak balik ke tanahair tercinta...yang nak ke Hokkaido pulak lusanya akan pergi,mungkin tak kembali ke sini lagi...jauh dan mahal tambang mak oiiii! 


Sedih mungkin kerana nak tinggalkan kengkawan yang boleh tumpang susah senang bersama...suka duka hidup di negara orang. Hanya kawan2 menjadi ibarat sebagai keluarga disini...boleh berkongsi pahit dan maung,tangis atau tawa. Seronoknya sebab nak jumpa keluarga yang ditinggalkan selama 3 thn,pejam celik dah cukup tempoh. Orang kata kalau anak lahir kat sini,nilah masa untuk Tok Wan nak kenal cucu selain surat atau gambar menjadi penghubung kasih...sempatlah bergambar seketika sebagai kenangan kali terakhir kat sini, mudah-mudahan kita sume jumpa lagi di Malaysia.


Esok mungkin jumpa kat parking je la untuk say sayonara...lebih kurang jam 6:45 dorang nak bertolak ke Narita sementara flightnya kul 10:30 pagi. Pakat2 yang ada kete pi hantar sumenya 10 orang...sedih juga difikirkan bila datang dulu ada dlm 13 famili,di tolak2... esok dan lusa tinggallah kami 8 famili kat Welshan...orang yang terror masak dah balik Mesia...takleh nak menuntut atau pi kacau2 kat rumah... lepas ni kacau senpai yang ada la!


Siapalah kohai tanpa seorang senpai untuk membimbing dan bagi tunjuk ajar....terima kasih daun keladi,umur panjang,Insya-Allah kita berjumpa lagi! 



 
Sibuknya...
03.22.05 (1:17 pm)   [edit]

Minggu yang agak sibuk ngan nak pi jalan2 la,lepas tu 2 orang senpai balik Mesia 29 Mac dan sorang lagi pindah Hokkaido 30 Mac nih. Semalam sepatutnya dorang angkat barang untuk dihantar ke Mesia maklumlah dah tamat pengajian dlm bidang masing2. 5 famili berkongsi menyewa truck untuk mengangkut dengan cuaca hujan memanjang sempat 3 rumah kat Green Height n Welshan pagi nih.


Semalam sempat la menjengok akak Fauziah ngan K.Yati sambil hantar kuih tepung talam(first try..resepi dlm Melayu.com,ada gambar yang tak tahan tuh terliur!!!).Memang menjadi la tapi kena betul2 sejuk kuih talam tu(terima kasih kat sensei Lynn kerana perkenalkan web tuh,mmg best). Masa potong kuih tu agak mudah terpisah dia punya bhg.atas ngan bawah tapi dah lewat sangat nak pi rumah mereka,potong ajelah,tak dan betul2 sejuk.  


Anyway akak Yati puji santan mmg kaw2, ok la tu bila first try orang puji ,ni semangat nak buat lagi...hehehehe. Lama jugak singgah sembang2 mengenangkan kembali memori lama iaitu masa mula2 sampai dulu sambil pekena kopi panas dengan hujan di luarnya. Masa berlalu begitu pantas seakan mencemburui kemesraan kami tup2 dah nak dekat kul 7,so mintak beransurlah coz lum solat Maghrib. Balik2 jer adik dah tidur sebab gaduh ngan Abang Long. Maaf ye dik,ibu pi bersosial skit...jumpa kawan2 (ikut kata abah


Ingatkan nak ajak dorang makan2 kat rumah sebelum blaik Mesia tapi tarikh belum confirm lagi,penuh ngan jemputan dari kengkawan kat sini,rupanya yang lain dah awal2 booking appointment,mengalahkan isteri YB pulak sibuknya...nantilah pi menyibuk ari nih kat rumah dorang sambil2 tu booking untuk tarikh jemputan makan2....yang pasti ari nih sibuk lagi! Tapi entry curi2 masa la nak tambah......kan! 

 
Experimen...
03.22.05 (4:07 am)   [edit]

Sejak sampai Jepun hampir 6 bulan lepas,kerjenye buat experimen kat 'lab'...Maklumlah sambung belajar kat sini...actually sambung tugas memasak,rutin harian seorang shufu. Bila tak cukup bahan memasak ,mulalah menggunakan idea baru untuk diaplikasikan dalam 'lab'. Kesukaran mendapatkan 100% makanan macam kat Mesia menjadikan aku seorang kreatif dan inovatif dalam penyediaan makanan(bila lagi nak puji diri sendiri)...macam profesor pulak...a'aaaa profesor serba tak tau...kihkihkih...reka jangan tak reka.


Kadang2 tu ada jugak makanan yang direka menjadi sedap dan dah pun jadik favorite kami sekeluarga,contohnya, guratan, nasi goreng, pasta, mee dll. Ada jugak yang tak menjadi,maklumlah namanya pun bahan experimen,kalau ok tu tersangatlah sukanya,kalu tak sayang mak oiii,barang sini mahal giler kalau nak banding ngan Mesia. Contohnya bwg merah,kalu Mesia baru dapat dlm RM 2,kat sini mahunya sampai 500yen. So beli pun jarang2 dan selalu pakai bwg besar sebagai ganti. Pendekata nak idup kat Jepun ,pandai2lah adjust kesesuaian bahan untuk masakan dan kaedah penggantian juga perlu dilakukan jika keadaan darurat...Inilah kes biasa terjadi setelah dibuat bancian sesama kengkawan...


Hidup mahu kreatif walaupun seorang surirumah. Kerja yang tak akan habis untuk dibukukan dan dikerjakan...hehehe. Kalau dapat suami rajin jengok2 kat dapur,beruntunglah...boleh relax skittt. Skit aje tak boleh lebih2,kesian hubby pun ada tugas lebih berat yang diamanahkan...bukan datang saja2 kat sini,ada misi dan visi. Apapun kejayaan seorang lelaki bukankah dibelakangnya ada seorang wanita 'besi' yang berdiri gagah membantu menguruskan kerja seharian di rumah...kalau tumbang 'besi' itu, apalah ertinya lagi...

 
Degil sungguh...
03.20.05 (10:15 pm)   [edit]

Memang degil sungguh,tersangatlah geramnya dengan si minyak sayuran kat sini. Masa menyental beberapa hari lepas bahagian dapur,tak dapat membersihkan sebersih-bersihnya sebab apa tau...memang susah nak hilangkan kesan2 minyak yang melekat kat tepi dinding. Itupun dah guna pencuci yang agak kuat untuk disapu ngan kain buruk.


Rasanya berbeza sangat ngan minyak kat Malaysia. Lambat skit cuci mulalah dia menunjukkan belangnya. Keletihan yang amat selepas mencuci bahagian dapur. Kesimpulannya kena gunakan kertas aluminium sebagai penghadang minyak sampai ke dinding. Dah beli sekali tapi terlupa nak beli lagi untuk digantikan yang baru....hah apalagi habis kotoran minyak melekit merata-rata apatah lagi selepas kejadian letupan bom dari cucur tempohari...

 
Lambaian Fujisan...
03.19.05 (4:54 pm)   [edit]

Tidak terlintas di hati ini suatu masa nanti aku dapat menjejakkan diri di kaki Fujisan. Hanya poskad sebagai tatapan melihat dari kejauhan,betapa keindahan gunung Fuji yang diselaputi salji nan memutih di puncaknya.Kedatangan ke negara matahari terbit menemani suami menyambung pelajaran memberi aku peluang cerah mengabdikan kenangan di Fujisan.


Tanggal 19 Mac 2005 terpateri sudah bahawa aku sudah sampai ke sini walaupun bukan berada di puncakmu mengibarkan jalur gemilang kerana aku masih bukanlah orang yang terbilang. Konvoi beramai-ramai dengan 5 buah kereta bersama 7 famili mengungkapkan seribu rasa...seronok,letih,penat tak terkata kerana perjalanan yang jauh namun demi Fujisan,kami nekad jua...sehari trip dari pagi sampai ke malam lebih kurang kul 12:30 sampai rumah kerana singgah menjamu selera di Saizeriya terdekat,maklumlah perut dah masuk angin!


For http://chendana.fotopages.com/?entry=385187" title="http://chendana.fotopages.com/?entry=385187" target="_blank"http://chendana.fotopages.com...


 
Menu Jumaat...
03.17.05 (9:44 pm)   [edit]

Inilah hasilnya bila dalam peti mulai kekosongan stok...nasi lebihan semalam pun banyak lagi, ayam ada skitt, soya vegetarian,daun bawang,daun ketumbar. Sebenarnya sungguh penat menyental ari nih bahagian dapur,bila 'buah' rajin datang jangan ditunggu lagi,jarang2 buah nih berbunga lebat so habis la satu dapur dikerjakan. Dah bertangguh buat sekian lama yang bebenornya...


So dah penat bekerja tuh, apprecite la diri sendiri dengan menu nasi ayam goreng segera lagi...hehe. Nampaknya anak2 berselera bila masakan dihias begini rupa, dan2 jer nak makan nasi tak payah ibu pujuk. Kalau macam nih terpaksalah tambah satu kerje lagi lepas memasak,mekapkan makanan biar nampak cantik di mata anak2 ...



 http://chendana.fotopages.com/?entry=383626" title="http://chendana.fotopages.com/?entry=383626" target="_blank"http://chendana.fotopages.com...

 
Cuaca oh cuaca...
03.17.05 (2:40 pm)   [edit]

Semalam tak jadik gi Disneyland dek cuaca yang tak menentu,memang patut boss postpone sebab hujan jer memanjang. Dah pakat nak gi ramai2 ngan member kat Haikamul n Green Height so dia orang pi dulu membawa famili yang datang dari Malaysia,kalau tak silap 8 orang ,ramai tuh..tak dan kenal sebab semalam cancel. Yelah ngan anak2 kecik nih payah skit kalu hujan pulak...lainlah kalu Adik dah boleh berlari @ pecut 100 meter...haha..


Ari nih elok pulak cuaca tapi abah nak pi sembahyang Jumaat dan dah ada appointment ngan Kawan kat Gyotoku nak beli Playstation darinya untuk Abang Long,kira2 dalam 10, 500 yen kena bayar termasuk 500 games...Betulkah abah cite,bantai aje la ..wait n see...kalu berpadanan harga,ok la tuh. Kesian Abang Long...untuk mengisi masa boringnya selain bermain game dalam komputer...


Ok la tu jer entry ari nih coz nak pi buat asagohan capati buat yang tersayang...untungnyer ada orang sayang. Semalam dah buat dalca kambing so pekena capati ngan dalca memang sedap la ari nih (kuah pun dah pekat elok) bagi suamiku ajer la. Isterinya bab kambing nih tak boleh nak terima dek anak tekak,bau semacam jer...Kenapa erkkk..mostly org laki suka kambing dan org pompuan sebaliknya??? Bila buat survey kat sini la...orang luar sana camne???

 
Amuk...
03.15.05 (3:27 pm)   [edit]

Semalam adik buat perangai,teruk betul amukannya sampai ibu ngan abah tak boleh nak pujuk. Lastly sampai tertidur nyenyak coz keletihan meraung dan meronta. Penyebabnya gara2 berebut kerak 'kaki ayam' dalam loghat Kelate iaitu keledek goreng halus2 dengan Abang Long. Lebihan tepung beras tuh, ibu goreng last sekali tak tau pulak nak berebut yang tu sedangkan keledek goreng masih banyak lagi terhidang atas meja.


Kesian anakku tertidur belum sempat makan malam hanya makan keledek goreng jer yang banyak,pastu nak makan lagi kerak2 tepung beras,memang sedap sebenarnya sebab rapuh,hubby dan abang Long pun suka juga sebenarnya.Entahlah lain kali ibu goreng tepung beras je la tak payah letak keledek,senang cite... satu kampung rasanya dengar Syuhada mengamuk dek gara2 kerak tepung beras....

 
Teringin rupanya...
03.15.05 (1:54 am)   [edit]

Baru jer beli dan buka bekas kain dari kedai 100 yen,kononnya nak isi la dalam tuh ngan koleksi biskut yang dibeli. Tinggal skejap untuk solat Isya' tup2 bekas kain tuh dah kena kebas dek Abang Long. Siap diganti yang lama pulak tuh,nak marah pun tak jadik.Rupa2nya dia ambik untuk isi barang mainannya maklumlah yang lama dah lenyek kainnya tak sekeras yang baru.


Maybe dia ingat ibunya belikan untuk dia tanpa disuruh pandai2 pulak ditukarkan bekas kain yang baru ,ibu pun tak dapat berkata apa-apa melainkan geleng kepala. Dalam hati..."teringin jugak anakku menukar bekas kain yang baru untuk koleksi mainannya macam... ibu teringin tukar langsir baru di musim raya...agaknyalah".Nampaknya terpaksalah ibu membeli lagi 'kain' yang baru tuh....mungkin 2,3....

 
Alahai...
03.14.05 (8:52 pm)   [edit]

Semenjak 2 menjak nih asyik terlupa aje,hari nih kesian hubby pi skolah terlupa nak bekalkan beberapa paket biskut kegemarannya. Mulai minggu ni hubby tukar stail tak bawak o-bentou nasi lagi,makan kat rumah kenyang2 cuma tapau air ngan biskut tup2 ari ni wife dia terlupa pulak ngan stail baru langsung taruh air aje ,tengahari ni baru teringat lupa nak masukkan biskut sebagai alas perut kalau lapar menjenguk diri...


Maafkan isterimu ini kerana entah mengapa asyik terlupa saja sejak akhir2 ini. Memang dok terasa apa bendelah yg terlupa tu,tgk2 tu dia penyakit lupa punya pasal,dah tengahari baru teringat. Kesian la hubby kalau perut lapar tengahari nih,pandai2lah cari kat sana ya apa2 yang boleh dimakan sebelum sampai ke rumah. Inilah jadiknya bila penyakit tu datang melanda... 

 
Terima presento..
03.13.05 (10:07 pm)   [edit]

Sebenarnya sambungan dari entry kat bawah tuh...nak ucapkan arigatoo gozaimasu byk2 dlm blog dekat akak Yati coz bagi hadiah mengancam,macam tak caya dapat hadiah ni.Kat sini sume dapat hadiah,maknanya 10 hadiah disediakan untuk kami semua,dibalut cantik2 lagi.Macam tau pulak K.yati nih Ha nak periuk camnih...hehe.. lepas nih berasap la satu dapur...(ayat jer lebih)kami penduduk Welshan dan Shesowa dapat sorang satu periuk !Sesungguhnya ukhuwah yang terbina kan kukenang ke akhir hayat...mudah-mudahan kita berjumpa lagi di Malaysia nanti....

 
BBQ...
03.13.05 (1:41 pm)   [edit]

Semalam kita orang buat majlis BBQ untuk meraikan perpisahan sementara buat 3 famili kat sini.2 famili akan balik Malaysia hujung bulan nih dan satu lagi akan sambung belajar kat Hokkaido lepas habis belajar Nihongo selama setahun di Asia Bunka Kaikan,Tokyo.


Yang paling seronok mestilah budak2 tapi bapak budak n mak budak budak tak terkecuali merasanya,siap main macam2 lagi. Anyway sesekali keluar dari rumah secara by group nih mmg seronok ditambah pula acara makan2.Menunya seperti beehon goreng ,ayam percik,daging marinate,sosej,buah dll.Setiap famili menyumbangkan 6000 yen seorang tak termasuk donation barangan yang lain. Sehari sebelum majlis ini,kaum ibu dah sibuk membeli bahan2 utk masakan dan pukul 7 kami berkumpul di rumah Zam untuk kerje2 selanjutnya. Masa nilah peluang nak bersembang sesekali berjumpa, sedar tak sedar jam sudah menunjukkkan angka 11. Setelah mengemaskan apa2 yang patut,kami pulang ke rumah msg2.


Jam 10 pagi ,semua berkumpul dengan masing2 membawa makanan keperluan and then kami bertolak berkumpulan. Perjalanan ke tempat BBQ sekejap saja dalam 20 minit dan sangat sesuai sekali kerana tempatnya luas,banyak menyediakan tempat permainan untuk kanak2 dan juga orang dewasa. Kiranya berbaloi dengan bayaran 700 yen satu kepala untuk bayaran masuk. Segalanya indah terakam untuk aku mengenang kembali saat manis bersama kengkawan dan famili tersayang...Klik disini untuk pic: ;http://chendana.fotopages.com...

 
Jom pi minum teh pahit...
03.09.05 (2:58 pm)   [edit]

Actually aku nak kongsi serba sedikit experience hadiri jamuan minum teh secara beradat setelah mendaftar diri 2 minggu lepas.Sesi memakai kimono dan juga minum teh hijau yang pahit sangat beserta 3 jenis kuih yang comel2 gitu. Boleh daftar untuk famili atau single tapi aku daftar yg single punye coz awal2 dah tahu perangai Abang Long dan Adik yang susah nak makan pujuk, kononnya ajak pakai baju raya Jepun pun tak mau. Budak2 lain seronok jer mencubanya,entahlah anakku nih lain skit 'peel'nya.


Jadi semalam pi la menumpang keter Linda dari Green Height. Kalau nak pi sendiri susah jugak ngan anak2 nak bawa,bekal lah.Bayarannya cuma 300 yen untuk org dewasa manakala budak2 cuma 150 yen sahaja. Itupun sebenarnya sebagai donation utk persatuan nih.Memang murah giler la kalau nak pakai baju kimono tuh sebab ada member cakap kalau pi kedai gambar utk berbaju kimono lebih dari 10 000 yen kena bayar,bayangkanlah kalau satu famili tu. 


Famili Linda n K.Adib dipanggil dulu untuk sesi memakaikan kimono n then barulah kami yang single ni.Mula-mula dipakaikan pakaian nipis berwarna putih sebagai alas.Lepas tu kami dipakaikan baju kimono utk sebelah dalam ,cantik  jugak, akhir sekali barulah kimono yang bercorak-corak dibahagian luar.Belum selesai lagi...banyak kain mcm tali diikat kat perut mengalahkan oang pantang bersalin.Ada pelapik dari kain keras diletakkan kat perut  dan belakang sekali.


Selesai berpakaian,b arulah istiadat minum teh dimulakan.Aku orang terakhir sekali yang minum teh panas dan pahit sangat tu (pejam mata masa minum...ingatkan diri sdg minum ubat) .Nak minum pun kena ikut tatacara tersendiri  iaitu kena pusingkan mangkuk kecik tu 3 kali.  


Kemudian baru dihidangkan 3 jenis kuih yang comel2 belaka. Kelam-kabut jugak masa tu dengan nak ambik gambar kawan,anak2 pulak dah meragam kat bilik sebelah. Digicam pula masa ni lah nak buat hal tak boleh nak ambik gambar coz dah full memori padahal baru 13 keping.Hubby dah check,katanya ok semalam,biasanya bolehlah ambik sampai 30 keping.Nanti lah beli memori stick yang sampai beratus-ratus boleh snap baru seronok.


Ada yang daftar sampai berkali-kali sebab seronok berpakaian al Oshin nih tapi aku tak tau la ngan anak2 yang payah nak dipujuk nih mungkin sekali seumur hidup.Kalau ada peluang apa salahnya kan...tengoklah kalau ada rezeki nak jugak memakai baju yang lain pulak sebab ari tuh baju pun tak berapa mengancam...apa2 pun bersyukurlah diberi peluang bergaya sebagai Oshin.


Bolehlah jenguk kat sini ;back=http://chendana.fotopages.com...kalau nak kenal Oshin dari Kelate...hehe..kekekeke.

 
Bertudung bukanlah suatu penindasan!
03.09.05 (2:02 pm)   [edit]
BERTUDUNG adalah cara  menutup aurat yang sangat dituntut kepada wanita.
Bagaimanapun dalam masa  bertudung, ramai di kalangan wanita berdepan
dengan pelbagai cabaran dan ranjau  yang menguji keimanan serta kekuatan
akidah mereka.



Pengalaman dan kisah ini  diceritakan mereka sendiri dalam buku 'Bagaimana
Akhirnya Saya Bertudung'.  Antara pengakuan dan luahan serta pengalaman
yang dialami mereka sepanjang  bertudung ialah:-



a)     ;  Bekas artis popular tanah air Noorkumalasari berkata; "Bukan saja
saya  bertudung, malah saya rasa perlu berpakaian seperti mana dituntut
Allah. Iaitu  bajunya mestilah longgar, daripada kain berwarna yang tidak
jarang, akhirnya  muncullah fesyen yang menjadi identiti saya iaitu jubah
hitam dengan tudung  hitam lebar seperti di pakai wanita Arab. Kita
mestilah berani untuk lain dari  yang lain. Memang dari dulu lagi saya
terkenal dengan selalu berpakaian hitam.  Jadi saya lakukan semua ini
kerana Allah, di samping rasa gembira melakukannya.  Kelebihannya
berpakaian begini ialah saya sentiasa bersiap sedia untuk ke masjid  di
mana saja saya berada. Sebaik terdengar seruan azan, saya akan terus ke
masjid dan bersembahyang walaupun tidak membawa telekung. Ia mudah
hinggakan  sekarang ini saya sentiasa berwuduk."



b)     ;  Pakar perubatan sakit puan, Dr Harlina Halizah pula berkata; "Hari
ini  saya begitu yakin dengan keterampilan saya sebagai wanita Islam yang
bertudung.  Tudung saya ibarat pakaian seragam saya agar saya boleh
dikenali di mana saja  sebagai wanita Islam. Memang benar, tudung tidak
melambangkan dan mengukur tahap  iman seseorang. Namun bagi saya,pemakaian
tudung adalah satu langkah  pengisytiharan kepada dunia betapa saya mahu
dikenali sebagai wanita Islam yang  komited dan serius terhadap agamanya.
Tidak ada sesiapa yang memaksa saya  menutup kepala. Tudung kepala saya
bukanlah simbol penindasan suami atau bapa  saya terhadap kebebasan diri
dan hak asasi saya."



c)     ;   Warga Amerika Syarikat, Dr Katherine  Bullock, menulis dalam
sebuah artikel sebaik saja memeluk Islam, beliau berkata;  "Satu hari iaitu
pada 1991, saya berada di hadapan televisyen menonton berita  mengenai
wanita Turki yang dikatakan mula kembali ke zaman dulu kerana memakai
tudung. Saya amat terkejut dan berasa sayu. Kasihan mereka. Fikiran mereka
sudah  dicandu adat lama pusaka. Seperti orang Barat yang lain, saya
beranggapan bahawa  Islam menindas wanita dan tudung adalah simbol
penindasan dan kongkongan.  Cubabayangkan, empat tahun kemudian,  sungguh
memeranjatkan! Ketika saya berdiri merenung cermin di kedai melihat
bayangan diri saya yang berpakaian saling tak tumpah seperti wanita yang
tertindas itu!"



d)     ;  Perunding swasta yang mahu dikenali sebagai Umm Hannan berkata;
"Saya  sangka emak saya tidak akan marah kerana setahu saya emak seorang
yang  konservatif. Tidak pernah terfikir bahawa emak saya tidak akan
bersetuju dengan  keputusan saya untuk bertudung. Walaupun begitu, saya
bersedia untuk menghadapi  dugaan sebegitu seperti yang dikatakan di dalam
al-Quran iaitu dugaan akan  dilalui oleh orang yang berjuang di
jalan-Nya."



e)     ;  Pegawai perubatan klinik swasta yang mahu dipanggil Dr  Noraini
juga berkata; "Saya dituduh  bertudung kononnya disebabkan saya sudah hamil
sebelum  bernikah."



f)     ;    Peguam, Zain Azura berkata; "Mengenai rasional bertudung, tidak
semua  suruhan Allah mesti ada rasionalnya. Kita sebagai makhluk Allah pun
tidak tahu  secara mutlak apakah rasional sebenarnya. Hanya Allah yang
tahu. Tetapi dengan  memakai tudung mungkin beberapa manfaat yang boleh
diperoleh."



Demikianlah antara petikan  penulisan beberapa wanita Islam profesional
dalam buku 'Bagaimana Akhirnya Saya  Bertudung'.



Penulis wanita ini  menyedari kepentingan berkongsi pengalaman dan suka
duka dalam mengharungi  kehidupan sebagai wanita Islam bertudung. Wanita
terbabit yang cintakan dakwah  dan Islam membukukan pengalaman mereka dalam
bentuk penulisan yang mengusik jiwa  serta maklum balas yang menginsafkan.



Mereka juga melalui  beberapa peringkat kehidupan yang mencabar dalam
menghayati salah satu suruhan  Allah yang termaktub dalam al-Quran yang
menuntut kaum wanita dan lelaki  memelihara kehormatan diri mereka.



Firman Allah yang  bermaksud; "Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar
mereka menundukkan  pandangan dan memelihara kesopanan mereka. Itulah yang
lebih suci untuk mereka  dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.
Dan katakanlah kepada wanita  beriman agar mereka menundukkan pandangan dan
memelihara kesopanan mereka dan  agar mereka tidak memperlihatkan
kecantikan mereka serta perhiasan kecuali apa  yang biasa dilihat dan
hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga menutupi dada  mereka dan tidak
mempamerkan kecantikan mereka kecuali kepada  suamimereka."

[Surah an-Nur, ayat 30  hingga 31]



Allah mengemukakan  beberapa pendekatan dalam mengolah persoalan akidah dan
panduan bergaul. Salah  satu dari pendekatan itu ialah menerusi kisah dalam
al-Quran. Pendekatan ini  adalah di antara pendekatan yang menarik untuk
diperhatikan. Kadang-kadang  seseorang itu beroleh petunjuk dengan mudah
umpamanya hanya melalui cerita.  Tidak dinafikan sesebuah cerita yang
menyentuh perasaan boleh mengubah paradigma  insan.



Allah bukan hanya  memaparkan sejarah sebaliknya Allah juga menganjurkan
kepada umat manusia agar  turut meriwayatkan sejarah itu. Allah berfirman
yang bermaksud; "Maka  ceritakanlah (kepada manusia) akan kisah itu agar
mereka dapat  berfikir."

[Surah al-A'raf, ayat  176]



Apakah cara terbaik untuk  mengingati kembali nostalgia silam dan memberi
pengajaran? Bukankah ia dapat  dilakukan dengan kaedah penulisan yang boleh
dikongsi bersama orang lain? Untuk  itu, diharapkan pembaca buku ini dapat
menelusuri dan memahami isi hati dan  mengambil manfaat beberapa pengalaman
penulis yang mahu mengamalkan salah satu  suruhan Allah. Semoga kita lebih
memahami dan mengambil manfaat. Malah, sama ada  kita sedar atau tidak,
koleksi penulisan ini boleh memberikan inspirasi,  motivasi, mencetuskan
cita-cita Islam, menjadi dorongan kepada orang lain,  menolong wanita lain
menghadapi kehidupan yang penuh dengan dilema dan  konflik.



Dalam pada itu, diharapkan  juga ia membuka minda dan mencelikkan mata
terhadap masyarakat bukan Islam  terutama terhadap apakah yang ada di
sebalik minda wanita bertudung. Benarkah  mereka tertindas, kolot, tertutup
minda, pendek fikiran atau  sebaliknya?



p/s   &nbs p; Penulis seorang  jurutera profesional boleh dihubungi melalui e-mel
wadah_wjy2k@yahoo.com.



Wallahualam  bissawab.

 
Baru nak mencuba...
03.07.05 (5:20 pm)   [edit]

:D


Hari nih nak cite skit pasal Abang Long, skang suka main pasang jig-saw puzzle. Dah pulun sakan nampaknya menyiapkan 3 jig-saw tu,mula2 buat adalah minta bantuan tapi skang siap buka balik yg ibu buat sebab nak buat sendiri. Teruskan moga anakku menjadi seorang yang kreatif dan inovatif jangan hyperaktif udah le...Sebenarnya jig-saw tu pemberian senpai yang dah pun balik Malaysia tapi sayang tak cukup pulak kepingannya. So yang terhasil pun tak lengkap lah ,siap mengamuknyer anakku sebab tak cukup kepingan...tension jadiknya. Kecian, nanti ibu belikan yang baru maklumlah dah ada perkembangan dan minat mendalam untuk menyelesaikan jig-saw puzzle tuh...ibu sendiri pun fening kepala nak siapkan!


Bolehlah jengok kat sini http://chendana.fotopages.com/?entry=372509" title="http://chendana.fotopages.com/?entry=372509" target="_blank"http://chendana.fotopages.com... untuk lihat hasilnya.Satu hobi baru yang bagus untuk develop minda anak2,seperti entry sebelum nih..mencuba dan terus mencuba....


 

 
Berkongsi emel...
03.07.05 (3:55 am)   [edit]

Untuk ibu dan bapak yang prihatin..

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg
dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni
kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak
befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah
kanan ni lebih effektif sebenarmya dari otak sebelah
kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya.
Kelas ni mahal nak mampus, kalau kelas tadika Juanna
yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih
tinggi dari cost kite satu semester kat ITM ,kelas
sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu
semester si Noni buat master....tapi boss aku ni
atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas
tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat
aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye
untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak
korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak
aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap
kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang
kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak
kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak
kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat
husband/wife ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau
tengah marah ...tak jadi. kalau anak korang tu
dah tidur,ramas-ramas jari atau tangan dia, macam
picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 m
punya situation. Aku buat kak nana sebab die
bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku
cakap hari-hari kat dia,dia budak baik, dia suka pergi
sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu
ahad...tu kelemahan sikit lah..........

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar nana
ABC-Z guna card seminggu je sekarang dah kenal semua
huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. buat
card banyak-banyak dan tunjukk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a...b..c..d..e, insya allah cepat
die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau
cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap
apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card
1,2,3,gambar,gambar...potonglah gambar kat mana-man
dsb....guna english jgn guna melayu........

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so
ajar anak korang main tanah liat, main water colour,
melukis, gunting kertas, origami dsb.memang le kite
yang kene mengemas tapi takpe.........satu lagi
cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi
sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut
apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini
pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang
tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab
depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan
kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. jg marah-marah atau tengking anak........sebab depa
boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau
termarah takpa pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak
maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by
start bercerita kat dia orang dan suruh depa sambung
cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu
takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang
dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu.
First few times boleh bagi option cam....bagi tau
colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six
sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm
kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak
sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak
buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam
sehari..tak payah lama-lama. kalau lama-lama kang
jadi cam Rajib...he...he..Sebelum buat exercise ni,
kena tarik nafas dalam-dalam and relaks....tak boleh
buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok
tv ka,tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri
sikit lah bila dah terror ini semua satu cara yng tuhan
lagi maha mengetahui kalau Dia izin anak kite nak
pandai alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan
bersyukur kalau dah berhasil sebaba bila2 Dia boleh
tarik balik..betui dak......Akupun tengah try lagi
ni....


Semoga dengan paparan emel ini akan membuka ruang kepada sume ibubapa utk mencuba kaedah ini dan tgk hasilnya nanti,aku pun belum cuba sesetengah darinya,separuh nye mmg selalu buat kat anak2.Rasanya tak rugi kita mencuba demi kebaikan anak2 yang dikasihi kan... 


 
Baru sedap mata memandang...
03.07.05 (1:44 am)   [edit]

Kekekekeke...rasanya baru sedap mata memandang lepas tukar warna masuk kali ketiga. Mungkin sebab tu kot tak ramai yg datang bertandang(saja nak sedapkan hati). Ya lah kot color semacam jer,naik berpinar bijik mata sapa yang datang melawat,kesiannyer...tuan rumah tak sedar2! Lepas tu baru rasa idea nak menulis kembali semula kalu tak...sunyi jer blog, tuan rumah tak datang mengemas...apa lagi para pengunjung! Simple warna pilihan ku kali ini...baru tak serabut bijik mata...haha..rasanya dah ok kot citarasa kali nih..ntah2 dok syok sendiri, apa2 pun terimalah seadanya...

 
Buah cempedak bulih jadik nangka...
03.06.05 (10:44 pm)   [edit]

Kali nih aku nak berkongsi satu cerita ngeri ke lucu ke tak tau nak kata pulak. Sebenarnya peristiwa ni berlaku minggu lepas, maklumlah kerja rumah yang tak pernah habis(mcm rajin sangat) so nak add entry pun tak terbuat-buat.


Kononnya nak jadik isteri mithali ni,buatlah cucur ikan bilis dipetang hari menanti hubby balik dari skolah.Masuk kali kedua gorengan dah nak siap tiba2 jer,bommm...bom ntah dari mana meletup kat dapur.Ya Allah rupa2nya 'jeput malas'(dlm loghat kelate)aku yang meletup. Tak pernah pula selama berbelas-belas tahun pengalaman jadi chef (kat rumah jer tuh...hehe) cucur boleh meletup sampai satu dapur boleh terpercik ngan minyak. Dah lah tu serpihan2 bom atom merata,kat depan pintu bilik tidur pun boleh sampai.Mujurlah masa tuh Allah tergerakkan hati nak pi buat air teh so aku pun pegi la dekat kabinet mengambil teko.Tengah tunduk dok mencari tu la insiden berbahaya nih terjadi,kalau lah masa tu aku dok depan kuali maunya satu badan melecur ngan minyak panas.Mujurlah ada buah 'mujur' kalau tak, dok kat spital la jawabnya.


Lepas tu lah banyak terjumpa serpihan bom buatan sendiri(yg tak terancang pun)merata-rata kat singki pun ada. Takut pulak diingat peristiwa tadi. Takut,ngeri,panik,lucu semua ada dalam hati...Masya-Allah ni lah dikatakan buah cempedak bulih jadik nangka kot...sampai sekarang aku dok heran bin ajaib bulih buat bom ngan cucur gitu...jadik misteri nusantara agaknya!


Buat sume surirumah tu berhati-hatilah ya,orang kata malang tak berbau cuma hari tu aku sangat bernasib baik. So ambiklah langkah berjaga-jaga,mungkin boleh tutup ngan tudung periuk masa tengah menggoreng apa2. Jangan pulak takut masuk dapur lepas baca kisahku ini,nanti tak pasal2 suami kena masuk dapur @ saman aku sebabkan para isteri takut nak masuk dapur......mudah-mudahan kita semua jadi isteri mithali!