|
Golden Week kami berjalan ke Selatan Chiba..agak jauh perjalanan dengan serba tak tau(adalah searching kat internet)namun banyak tergendala,yalah nama pun menaiki train,asyik kena menunggu jer lah sampaikan terlewat sampai ke Sea World di Awa Kamogawa.
Hampir jam 3:00 petang baru masuk sambil mengisi perut untuk tengahari dengan o-bento sedangkan ditutup jam 7:30 petang so adalah masa lebihkurang 4 jam lebih untuk melihat aksi2 menakjubkan.
Show pertama sempat melihat dicelah2 ratusan orang ramai ialah aksi dolphin....memang hebat,siap aksi summersault(teringat cerita Jepun masa kecil2 dulu,aksi summersault oleh Chin kalau tak silap namanya)
Adik pun terpegun melihatnya walaupun dari kejauhan diikuti persembahan kedua oleh killer whale.Tak terkata kehebatan dari segi perfomancenya bersama 3 orang gadis Jepun...tertanya-tanya juga berapa lamakah masa di ambil untuk melatih ikan ini sehingga kami semua terpegun dengan aksinya.Menurut kata jurulatih tapi ada seekor whale nih yang nampaknya agak degil tak nak buat aksi asyik minta makan jer ngan jurulatihnya.Kejap2 minta makanan...mungkin kategori DEGIL agaknya.
Selepas itu kami melihat pula telatah sea lion yang tak kurang menyengatnya. Siap buat lawak lagi dan mengajuk cakap jurulatih..dan menunduk kepala mengucapkan Konnichiwa kepada audience..."Minasan...konnichiwa...."ketawa kami dibuatnya...juga pandai bermain bola dan menyimpannya semula.Ibu terangkan kepada Abang Long"hah..tengok tuh sea lion pun pandai main pandai simpan,nanti Abang Long pun kena macam tulha ..rajin simpan barang mainan.."
Mengangguk Abang Long seketika...mungkin mengiyakan kata2 ibu...Alhmadulillah kalau diingatnya.
Terakhir sekali kami disajikan persembahan beluga..ingatkan binatang apa,rupanya seakan dugong tapi saiz amat besar dan berwarna putih.Ia boleh menerima arahan dalam bentuk gelombang dan amat cerdik juga.
Sememangnya kami amat berpuas hati membayar 2400 yen setelah disakaunto kerana by group kalau tak 2800 yen.Jam 7:00 petang kami beransur-ansur bertolak memandangkan perjalanan masih jauh...
Pergi dan balik memang teruja,tren limited express sudah tamat hari nih...hahaha..yang tinggal local saja.Dahlah ada communication breakdown masa beli tiket nak datang sini(habis duit kena bayar double price).Nak balik pun situasi yang sama jugak...huhuhu pening bila dorang tak boleh faham Eigo..terpaksa Nihongo celup2.
Tengok train pun agak uzur sangat...dalam hati boleh ke sampai malam nih atau terpaksa bermalam kat mana2 eki...mujurnya pergi by group kalau tak mati kutu kami!Train pun lengang aje kelihatan geng kami sahaja...
Namun syukur Alhamdulillah kami selamat sampai ke eki terdekat di Ichikawa-Ono jam 11:00 malam dan terpaksa pulak berbasikal dalam kepekatan malam menuju ke rumah....sesungguhnya perjalanan hari itu sangat mendebarkan maklum sajalah di negara orang dan bergantung pulak bas dan train sebagai pengangkutan utama dan ditambah pulak breakdown communication....haru biru rasanya!

|